05May

Motorola Mengambil Alih Azingo Mobile

Lain-lain, Perisian

Walaupun terdapat beberapa sistem operasi sumber terbuka seperti Android dan MeeGo, kini ianya diura-urakan yang mana Motorola bakal membangunkan sistem operasi mudah-alih mereka tersendiri dengan pembelian Azingo oleh Motorola baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak pernah terdengar akan nama Azingo Mobile, iaitu sebuah platform mudah-alih yang menyediakan beberapa aplikasi asas, termasuk sebuah pelayar web berasaskan Web-kit, sokongan Flash, dan didatangkan dengan aplikasi untuk pembangun.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Motorola, dan masih tidak diketahui bagaimana mereka akan mengaplikasikan sistem operasi tersebut, memandangkan kini banyak telefon bimbit keluaran Motorola mengguna-pakai Android. Pada masa yang sama, kini, pasaran terlalu tepu dengan beberapa sistem operasi mudah-alih, dan hadir dengan sesuatu baru dianggap sebagai suatu perkara yang berisiko tinggi, memandangkan tidak banyak aplikasi yang disokong buat masa ini.

Mungkin Motorola boleh melakukan sesuatu baru dengan mengintegrasikan Azingo Mobile bersama Android, dan menawarkan sesuatu yang menarik untuk para penggunannya.


Opera 11 Beta Akan Muncul Dalam Masa Terdekat
Firefox 5 Beta Dilepaskan Oleh Mozilla
µTorrent 3.0 Membawakan Sokongan Stream Media Ketika Muat-Turun
Mari Bantu Wakil Malaysia Memenangi Hadiah Lenovo Sambil Membantu Alam Sekitar
Pandang Pertama Motorola RAZR

3 Komen

  1. mohdisa pada 05 May 2010

    motorola tak best. :P

  2. skruemas pada 05 May 2010

    motorola la hp pertama ku. besaq gabaq mcm botol air. hahaha…

  3. Azizuan pada 10 May 2010

    aku pernah gak pakai dulu..y flip punya..tak best sgt pon


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader