30May

Notifikasi Desktop Di Perkenalkan Untuk Extension

Google

Jikalau sebelum ini, sesuatu pengumuman yang berkaitan dengan sesuatu plugin atau extension di Chrome hanya diperlihatkan melalui perubahan ikon dan sebagainya, kini, Google melangkah setapak kedepan dengan membolehkan para pembangun menggunakan Desktop Notification.

Kini, Google mengumumkan yang mana para pembangun boleh menggunakan fungsi notifikasi pada desktop dengan mudah untuk aplikasi yang dibina oleh mereka. Dengannya juga, para pengguna boleh mendapatkan info berkenaan sesuatu perkara itu dengan lebih pantas dan juga mudah.


Contoh Notifikasi Desktop

Bagi yang tak pernah melihat bagaimana notifikasi pada desktop berfungsi, mungkin anda boleh mencuba extension GMail Notifier, dimana setiap kali anda mendapat suatu emel yang baru, anda akan diperlihatkan sebuah mesej yang menarik dengan maklumat berkenaan dengan emel tersebut.

Ianya juga memperlihatkan yang mana Google sedang memperkenalkan suatu dimensi baru pada pelayar web mereka, memandangkan sistem operasi mereka yang berasaskan pelayar web akan diperkenalkan dalam masa terdekat kelak.


Pendapatan Suku Tahun Ketiga Google
Google Melancarkan Android 2.3 Gingerbread
Google Bakal Melancarkan Pesaing Groupon - Google Offers
Akaun Zuckerberg Akaun Paling Popular Di Google+
Pelajari Pelbagai Tips Berkaitan Google Analytics Melalui Seminar Percuma Oleh Google Malaysia

10 Komen

  1. hBz pada 30 May 2010

    ini adalah aplikasi yang memenuhkan status. adeh. taknak. sebab aku adalah games. PC kena ringan.hahaha

  2. muhdzahari pada 30 May 2010

    Chrowety dah lama ada kalau tak silap :)

  3. razfira pada 30 May 2010

    best2

  4. Taufik Dato Mansor pada 30 May 2010

    positive: dpt diinform updates baru

    negative: boleh beratkan RAM secara tidak langsung :D

    • ejam pada 30 May 2010

      ooo berat RAM yer…

  5. mancai pada 31 May 2010

    dah install.. waduh berat RAM aku ni…

  6. Omar pada 01 Jun 2010

    tetiba jadi slow…

  7. Khairul pada 01 Jun 2010

    Pakai gmail plus. lagi bagus…

  8. acapz pada 04 Jun 2010

    ram mau tinggi baru leh pkai. haha

  9. mijie pada 04 Jun 2010

    saya menggunakan google talk je untuk notis email yg baru inbox…mungkin yg ni lebih advance skit


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader