Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama Wiggy USB WiMAX P1 menyokong sistem operasi Windows, kini Packet One mengumumkan sokongan Wiggy untuk sistem operasi Mac OS X iaitu Leporad dan juga Snow Leopard (10.5 dan juga 10.6), sekaligus membolehkan pengguna Mac boleh menggunakan Wiggy tanpa sebarang masalah.

P1 Wiggy [via]
Wiggy diperkenalkan oleh Packet One lebih kurang setahun yang lalu, dan kini, ianya telah pun mula menyokong Mac OS X, dan masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengan sokongan untuk Linux. Pada masa yang sama, kini Wiggy turut menyokong Windows 7 32-bit dan juga 64-bit.
Selain daripada itu, Packet One turut mengumumkan beberapa pakej pasca-bayar untuk Packet One yang baru, iaitu RM59 untuk kelajuan sehingga 600Kbps, RM89 untuk kelajuan sehingga 1.5Mbps, dan juga RM129 untuk kelajuan sehingga 3Mbps.
Via : Star in Tech
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
urmm…. 600kbps or 6000kbps??
6000Kbps = 6Mbps
6000Kbps sama dengan 6Mbps
bile la usage caps nk bertambah.. org skg gune itnet 24 jam.. wiggy nyer pakej mhl sgt..
hmm seronok la semua owner Mac.. dapat guna dengan P1 ni..
RM59 untuk 6mpbs? Wow…
Tumpat bila mau sampai maaa???
fuh, kena pakai mac gak ni. hehe
Akhirnya, penantian utk Mac berakhir!
hoho.
wow..ini sudah bagus maa..
ok~ berita bagus tapi size wiggy tidak praktikal utk Mac. Macam MacBook yang hanya ada dua USB connection, bersebelahan pulak tu. Jadi, kalau size bagak macam tu-memang tak boleh dah guna USB connection yang satu lagi sebab dah kena blocking. Tambah external USB connection, leceh nak bawak ke sana sini. Aihhh~
pakat ramai guna p1……….
Kalo P1 wat pakej amek wimax dpt beli PC MAC separuh harga pun cara juga, heh =P
ni yg bersemangat nak beli ni!
shah alam pun masih ada tempat sangkut2 aku guna wiggy ni… aduhai… kat bandar lak tu… cam nooo tu… tapi kalau kena tempat dia yang betul laju tak ingat… huhuhuhu
Seriously boleh connect? Modules die memang ade utk mac. Tapi tak boleh nak connect langsung. Kene pakai Parallels Desktop gak.. haiiyyaa