Cari @ Amanz

Pembangunan Google Chrome adalah amat aktif, dan berkait secara langsung dengan pembangunan Chromium. Menariknya, kini, Chromium sudah pun mencecah angka pembangunan 6, sekaligus memperlihatkan yang mana Chrome 6.0 akan diperkenalkan pada Dev Channel tidak lama lagi.


Chromium Mencecah Angka 6.0 [via]

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi berkaitan dengan perubahan yang dibawakan oleh Chromium 6.0, selain ianya dikatakan menggunakan enjin WebKit yang baru sahaja dilepaskan lima hari yang lalu. Mungkin perubahan pada Chromium 6.0 akan diumumkan sebaik sahaja Chrome 6.0 dilepaskan kepada Dev Channel.

Google Chrome sebelum ini diperkenalkan pada bulan September 2008 membawakan pelbagai perkara baru dan inovasi. Dan kini, belum pun 2 tahun, ianya sudah mencecah angka pembangunan 6.0. Sebelum ini, Google sudah pun memperkenalkan Chrome 5.0 Beta yang membawakan pelbagai perubahan dan kelajuan yang amat dinantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd