Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama, kini Microsoft menghadapi masalah besar apabila mereka sedang mengalami kekalahan dalam penggunaan pelayar web mereka, Internet Explorer dimana penggunaan Internet Explorer buat pertama kalinya turun dibawah 60% penggunaan.
Sebelum ini, Internet Explorer mencapai lebih 60% penggunaan ketika 1999, dimana mereka mengalahkan Netscape pada ketika itu. Namun begitu, dengan adanya Firefox, Chrome dan Opera buat masa sekarang, mereka menghadapi masalah dalam terus menjadi pelayar web yang digunakan pengguna.
Melalui statistik terkini daripada Net Applications, Internet Explorer kini hanya mencapai 59.95% penggunaan di kalangan pengguna internet. Pada masa yang sama, Firefox mencapai 25%, manakala Chrome sudah pun mencapai angka 6.7% dan Opera mencapai 2.3% penggunaan.
Buat masa ini, Microsoft sedang dalam usaha membangunkan pelayar web versi baru, iaitu Internet Explorer 9, yang mana bakal membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan kepada HTML5 dan sebagainya. Ianya masih lagi belum diketahui bilakah ianya akan dilepaskan kepada umum.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Microsoft mesti redesign IE hebat2 punyalah lepas ni.
loq, asal loqnerd.com takleh buka yerk?
IE9 jgn kedekut taik idung masin sudah la lepas ni.
nk ikut kepala dia je x dpt la nak tolong…
konon trend setter padahal dah ketinggalan.
huhu.. IE semakin merosot.. aper plak cons kalau IE merosot ye?
HTML 5 ftw!
Tinggalkan IE je. Firefox, Opera dan Chrome kan ada.
keluar 9 belum tentu lagi orang nak pakai