Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang sudah ketahui, salah satu cara untuk melakukan ujian kelajuan internet anda adalah melalui laman SpeedTest, dan menariknya, melalui 10,332,239 ujian yang dilakukan pada laman tersebut, kini diketahui yang mana Malaysia menduduki tangga ke-105 dalam tawaran kelajuan muat-turun melalui internet.

Seperti sedia maklum, negara yang menawarkan internet paling laju adalah Korea Selatan dengan kelajuan purata 36.23 Mb/s diikuti oleh Latvia dengan 24.07 Mb/s, Republic of Moldova dengan kelajuan 21.31 Mb/s dan Jepun dengan kelajuan 20.33 Mb/s. Kelajuan muat-turun purata yang ditawarkan oleh Malaysia adalah 1.94 Mb/s. Jikalau dilihat hanya dari benua Asia, jiran kita, Singapura menduduki tangga ke-lima dengan kelajuan muat-turun selaju 8.48 Mb/s.
Berbeza dengan muat-turun, jikalau dilihat dari segi muat-naik pula, Malaysia menduduki tangga ke-90 dengan purata kelajuan muat-naik pada kadar 0.71 Mb/s. Korea Selatan sekali lagi mengunguli carta muat-naik dengan kelajuan 18.29 Mb/s diikuti Latvia dengan 1.66 Mb/s.
Jikalau dilihat dari perspektif Malaysia, negeri yang menawarkan kelajuan muat-turun paling tinggi adalah di Pulau Pinang dengan kelajuan muat-turun sehingga 3.20 Mb/s, diikuti Melaka dengan 3.05 Mb/s, dan Selangor dengan kelajuan sehingga 2.69 Mb/s. Wilayah Persekutuan menduduki tangga ke-enam dibelakang Terengganu dengan kelajuan sehingga 2.49 Mb/s.
Berbeza pula untuk kelajuan muat-naik apabila negeri yang menawakan kelajuan muat-naik paling laju adalah Labuan dengan kelajuan sehingga 1.17 Mb/s diikuti Pulau Pinang dengan kelajuan sehingga 1.14 Mb/s. Melaka sekali lagi mengekori rapat dibelakang Pulau Pinang dengan kelajuan muat-naik sehingga 1.02 Mb/s.
Dari segi penyedia rangkaian internet pula, TM Net menduduki tangga kedua dengan tawaran kelajuan sehingga 16.24 Mb/s, TIME dengan kelajuan purata 7.48 Mbps. Walaubagaimanapun, angka ini dijangka akan berubah sepenuhnya apabila UniFi diperkenalkan di lebih banyak lokasi di Malaysia.
Tips oleh Nas. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus.
29 Komen
Tinggalkan Komen Anda
perak takde langsung..kah3..ptt tenet lembab..lagi2 ade pendownload tegar mcm scromix org kampong aku tuh..kah3..sume kene sedut tenet kat dia..hahaha
gila la.. perak langsung xda.. besh betul komen ko roslan.. hehe
haha, rilek la, perak low profile ape… die xnk nunjuk padahal dua2 org perak ni uploader.hihi
patut la internet lembap kat perak… ko upload banyak sangat .. haha
kedah last sekali tu babe…rasa cam nak pindah dok kat jepun or korea je..haha
Yeah Melaka kool !
tahniah kpd pak ali coz bg streamyx pakej istimewa utk rakyat negeri Melaka…
terbaik le Penang! ^_^
terengganu top-5??? waaa….
wah, xde kredit utk aku pun yg cetuskan ide topik ;(
wahaha. tertinggal lak. wokey2. dah add.
yeahh, penang terbaik…
yeahhh net kat malaysia laju
ternyata , perlis memang sikit je orang guna .. tapi , ape kess top 5 ! nombor 4 tuh
kalau un-tick Hide Schools & Corps tu kalau tak silap USM pun antara yang top. ranking pertama atau kedua.
wah.. terengganu rocks!
huhuhu..malaysia..sila la improve..top 10 pon okla..hahahaha
hahaha..kelantan ada jgk ye..bangga2..haha..
Hmphhh…aku dok penang tapi internet streamyx rumah sewa aku lg worst berbanding tenet kat rumah aku di kelantan…
stastik bukan leh caya sangat, kesimpulannya
ye betul……
aku duk kat labuan, takde la laju mana pun aku mengupload ni… mungkin ni statistik semata-mata, ntah betul ntah tidak… :p
tak pernah gi sana. so, mungkin laju kot..
huh. yke beb. patut la. pas ni nk try meronda2 di sana. alang2 dapat anak mami. haha =P
Erk? tak silap aku negeri2 belah utara, kalau TM semuanya berpengkalan kat P.P, even broadband. Aku duk Perak! Mintak la MB baru speed tenet yang superb
konpius ni
takkan perlis no 4
tmnet no.2? no.1 sape?
Optical Telecommunication tu company mana la agaknye??
cer tgk skrg MAlaysia da rank bpe
speedtest ni xbetul..
http://www.speedtest.net/result/1149387265.png