05May

Spindex – Aggregator Sosial Anda

Microsoft, Web 2.0

Hari ini, Microsoft mempersembahkan projek sosial terbaru mereka, iaitu Spindex yang mana dibangunkan dibawah FUSE Labs, salah satu kumpulan dibawah Microsoft yang mana mengkaji dan membangunkan beberapa aplikasi yang berkait rapat dengan web sosial pada masa sekarang.

Antara beberapa projek FUSE adalah termasuk pengintegrasian carian Twitter pada enjin carian Bing, serta Docs.com yang dilancarkan baru-baru ini, membolehkan para pengguna menggunakan fungsi mengedit dan membaca dokumen pada Facebook.

Berbalik kepada Spindex, ianya merupakan projek terbaru daripada FUSE, dimana ianya merupakan suatu aplikasi ringkas yang memperlihatkan anda kemaskini daripada pelbagai laman sosial terkemuka, termasuk Twitter, Facebook dan Bing. Menggunakan data penggunaan anda, Spindex kelak akan memperlihatkan topik terhangat peribadi anda, disamping menyediakan enjin carian peribadi untuk anda.

Buat masa ini, Spindex masih lagi boleh diakses oleh kesemua pengguna, dan mungkin akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.


Blog Chedet Berpindah Alamat
Windows 8 Akan Membawakan Antaramuka Wind
Diaspora Mula Menghantar Jemputan Alpha Untuk Menyertai Laman Sosial Mereka
Profil Faces.my Turut Akan Menyertakan Halaman Portfolio Terbina
Microsoft Research Memperlihatkan Sokongan Kolaborasi Masa-Nyata Melalui Illumishare

5 Komen

  1. Kujie pada 05 May 2010

    info terbaru dan masih panas
    terimakasih…nk menerai

  2. Incik RestNrilekS pada 05 May 2010

    Salam,

    Terima kasih berkongsi dengan kami. twitter Facebook dan Bing.. hmmmm kena cuba ni.. sebab sekarang ni guna Tweetdeck. Dan agak puas hati dengan TD.

    Selamat Hari Rabu : )

    • Azizuan pada 10 May 2010

      sama la..aku pon pakai Tweedteck gak..puas hati la..

  3. TMUkmkd pada 05 May 2010

    huh nanti kak kujie ngan rest bagi la review.. heh. wa masih guna gwibber

  4. Syafrizal pada 05 May 2010

    Macam menarik je ni.. akan dicuba di masa hadapan hehe.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader