29May

Teknologi Sensitif Gerakan Di Perlihatkan Toshiba

Gajet

Sebelum ini, dalam beberapa filem, termasuk Minority Report, kita dapat lihat teknologi dibawa setahap lebih kehadapan dengan mengawal komputer secara terus melalui gerakan, tanpa perlu sentuh skrin. Menariknya, kini teknologi seumpamanya diperlihatkan Toshiba.

Melalui AirSwing, Toshiba membolehkan para pengguna mengawal komputer melalui gerakan sahaja, dan menariknya ianya hanya menggunakan webcam sahaja untuk beroperasi tanpa sebarang peralatan tambahan.

Ianya juga menggunakan tenaga CPU yang amat minimum, dimana melalui video yang diperlihatkan, mereka mengatakan yang mana hanya lebih kurang 3% kuasa yang digunakan pada CPU 400MHz ARM 11.

Melalui AirSwing juga, gambar anda akan turut sama diperlihatkan pada skrin secara pudar untuk memudahkan anda mengawal sesuatu aplikasi pada komputer. Ianya masih lagi dalam peringkat prototaip, dan masih tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan secara rasminya.


Dell Streak 5 Dilancarkan Di Malaysia
Samsung Ingin Mengambil-Alih Nokia?
Sony Ericsson txt Kini Di Malaysia Pada Harga RM369
Acer Melancarkan Perkhidmatan Perkomputeran Awan - Acer Cloud
Intel Sedang Membangunkan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Ultrabook

5 Komen

  1. x-po pada 29 May 2010

    org2 jepun ni mmg mantap btl la..kalau ikut sejarah, cmne la diorg ni leh maju ek?

  2. hasbullah pada 29 May 2010

    die maju krn berusaha bersungguh sungguh

  3. Frantz-Senpai pada 29 May 2010

    OMG.. memang hebat r.. lepas ni teknologi holografik monitor plak eh.. hehe

  4. mijie pada 04 Jun 2010

    semakin maju yer mereka ni mencipta sesuatu yg betul2 hebat dan tak terjangkau oleh fikiran kita sebelum ini

  5. myFirdaus pada 05 Jun 2010

    now Toshiba bru tunjuk skrin terbaru…. just bend a.k.a. bengkok kn jer klu nak zoom… http://myblog.myfirdaus.com/v2/skrin-terbaru-keluaran-toshiba/


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader