Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan JomTwit sebelum ini, kini pembangun disebaliknya, Kureno, memperkenalkan Things@Kureno, dimana melaluinya, mereka menyediakan beberapa aplikasi mini, yang mana seperti sebelumnya, ianya masih berkait dengan Twitter.
Buat masa ini, sebanyak empat aplikasi mini diperkenalkan oleh Things@Kureno, dimana ianya dijangkakan lebih banyak aplikasi menarik lagi akan ditambah dari masa ke semasa padanya. Empat aplikasi tersebut, berkait secara terus dengan Twitter, dimana anda boleh log masuk ke Twitter, dan menggunakan aplikasi tersebut sepenuhnya.

Melalui aplikasi mini ini, anda boleh menyemak samaada seseorang pengguna Twitter itu mengikuti tweet anda ataupun sebaliknya. Anda hanya perlu memasukkan dua nama pengguna Twitter, dan ianya akan memperlihatkan hasilnya.

Melalui Hashtag Cloud ini, para pengguna boleh mengikuti sesuatu topik di Twitter yang menggunakan #hashtag dengan amat mudah sekali. Anda juga boleh menambah topik-topik menarik pada pangkalan data Kureno, ataupun boleh membuatnya menyediakan sesuatu topik yang hangat untuk anda secara automatik.

Mungkin buat masa ini, semua sudah sedia maklum dengan hashtag #KLRB di Twitter yang mana pengguna berkongsi maklumat berkenaan dengan roadblock di Kuala Lumpur. Melalui #KLRB Scanner, aplikasi ini mengumpulkan tweet-tweet berkaitan dengannya, dan kemudiannya, mengkategorikannya mengikut lokasi, sekaligus memudahkan anda mengikuti tweet mengenai sesuatu halangan di sesuatu kawasan itu dengan mudah sekali.

Selalu saja kita melihat perkataan Lorem Ipsum pada sebarang rekabentuk yang dibangunkan oleh para pembangun. Melalui aplikasi mudah ini, ianya membawakan idea untuk mengubahnya secara keseluruhan dan mengantikannya dengan sesuatu yang benar-benar boleh dibaca. Pengguna hanya perlu memilih sesuatu topik, dan tetapan pilihan mereka, dan ayat dan perkataan akan diciptakan untuk mereka. Suatu alat yang amat berguna untuk semua perekabentuk diluar sana.
Buat masa ini, hanya 4 aplikasi mini ini sahaja disediakan di Things@Kureno. Namun begitu, lebih banyak aplikasi dijangka akan diperkenalkan dari masa ke semasa.
Terima kasih aman, kerana review things@kureno, jika terdapat sebarang bugs yang ditemui, harap maklumkan supaya kami boleh baiki.
Awesome, tahniah Team Kureno! Sekali launch 4 apps terus tu,
Terima kasih Amirul Faisyal…
mantap… dan semua diatas memang berguna… terima kasih banyak2
Terima kasih kembali… Alang-alang dah berguna tu, sebar-sebarkan skali dengan kawan-kawan yang lain…
menarik hehe
perh. pakej. lepas ni upgrade lagi. nice2
wah best.. bole create topik yang popular untuk di publish…
wahh menarik sekali
Thanks @Syafrizal @zik dan @wazy – jangan lupa share link things.kureno.com dengan kawan2!
Kat setiap apps, kami dah sediakan share buttons melalui Facebook atau Twitter untuk memudahkan user untuk share
@Syafrizal, @zik, @wazy : terima kasih semua, sebarang maklum balas atau idea untuk tambahbaikan aplikasi amat dialu2kan.
Awesome! Like like ^^
@HannyRamzy Gracias gracias ^_^