25May

Yahoo! Membeli Koprol Dari Indonesia

Yahoo!

Setelah tiada berita lanjut berkenaan dengan tawaran Yahoo! kepada FourSquare yang dikatakan hampir $100 juta, kini Yahoo! beralih arah dengan membeli Koprol, iaitu salah satu servis lokasi seumpama FourSquare yang dibangunkan di Indonesia.


Koprol Kini Milik Yahoo! [via]

Walaubagaimanapun, harga pembelian Koprol masih tidak didedahkan kepada sesiapa. Sama seperti FourSquare, melalui Koprol, para penggunanya boleh check-in pada beberapa lokasi dan berkongsi maklumatnya bersama rakan-rakan mereka yang lain. Pada masa yang sama, pengguna Koprol juga boleh berkongsi gamba, ulasan dan beberapa maklumat lain secara terus melalui pelayar web mudah-alih pada telefon bimbit.

Buat masa ini, Koprol boleh dikatakan sebuah servis yang agak popular di Indonesia, dan Yahoo! dijangka akan terus melabur dalam membangunkan servis Koprol. Dan mungkin, tidak lama lagi, kita mungkin dapat melihat salah satu servis yang dibangunkan di nusantara ini bersaing dengan FourSquare dan juga Gowalla.


Kerjasama Strategik Antara Google dan Yahoo!
Microsoft Menawarkan $20 Billion Kepada Yahoo?
Yahoo! Mulakan Ujian Bersama Dengan Microsoft
Antaramuka Baru Yahoo! Mail Lebih Menarik
Facebook Kini Laman Ke Tiga Terbesar Di Dunia

6 Komen

  1. denaihati pada 26 May 2010

    Memang power lah tu. Tulah kelebihan Indonesia kerana mereka ada kelebihan pengguna internet yg ramai.

  2. Sham Hardy pada 26 May 2010

    waduh waduh! bagaimana mereka bisa beli company indonesia itu.. kita org Malaysia harus join jugak bisnis ini..

  3. Saiful Amri pada 26 May 2010

    ini pula social media buatan anak Indonesia….begabunglah kita rame2 http://www.dagohill.com

  4. Zairi Zaidi pada 27 May 2010

    harap malaysia pun boleh jual produk kita kepada syarikat2 besar

  5. Ali ridha pada 20 Sep 2010

    nanti ade kot Malaysia bikin web dan jual
    pada syarikat besar.

  6. edyy kusuma pada 01 Jun 2011

    aslm mlkm pda smua tmn2 yg brgbg di web koprol. met bractivitaz dgn hrmu yg pnh dgn kcriaan. smga klian ttp dlm keadaan sht2 sllu,


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader