27May

Yahoo! Memeterai Perjanjian Bersama Zynga

Web 2.0, Yahoo!

Umum sedia ketahui yang mana antara sebab pengguna aktif menggunakan Facebook adalah disebabkan oleh permainan dan aplikasi yang terbina padanya. Kini, Yahoo! turut mengumumkan kerjasama bersama Zynga untuk membawakan permainan ke laman mereka.

Ianya dijangkakan yang mana, beberapa permainan dalam talian Zynga yang bercirikan sosial akan diintegrasikan sepenuhnya bersama platform Yahoo!, membolehkan para pengguna Yahoo! mendapat notifikasi dan kemaskini permainan sosial dalam talian itu dengan mudah.

Sebelum ini, sekian lama Yahoo! telah berhajat untuk menjadi antara platform sosial utama, dan ianya mungkin akan bermula dengan kerjasama bersama Zynga ini. Mungkin juga, ianya bukan sekadar pada laman utama, dan akan diintegrasikan bersama dengan produk Yahoo! yang lain, seperti pada Yahoo! Toolbar dan Yahoo! Messenger, memudahkan para pengguna untuk bermain permainan daripada Zynga seperti FishVille dan FarmVille yang sememangnya kian meningkat popularitinya.


BarCampMalaysia : Rekabentuk Untuk Pembangun
Yemmz! Mensasarkan 200k Pengguna Untuk 2010
Microsoft Bakal Mengumumkan Pengambil-Alihan Skype
HomeStayr Dilancarkan - Bakal Bersaing Dengan Perkhidmatan iBilik
Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?

2 Komen

  1. Wan Perlis pada 27 May 2010

    zynga bukan ada poker jugak.hehe
    tapi x pernah sentuh game di fb

  2. denaihati pada 27 May 2010

    kalau mula main takut tak berhenti


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader