15Jun

API Untuk Yahoo! Messenger Akan Di Perkenalkan

Yahoo!

Setelah banyak web yang mempekenalkan fungsi API, termasuk Twitter, ForuSquare, Google dan banyak lagi, kini Yahoo! turut bakal membuat perkara sama untuk Yahoo! Messenger, sekaligus membolehkan pihak ketiga membangunkan aplikasi untuk YM dengan mudah.

Seperti sedia maklum, Yahoo! Messenger merupakan medium IM yang paling utama di arena internet, dimana ianya digunakan oleh jutaan pengguna seluruh dunia, meninggalkan MSN Messenger dan juga GTalk.

Kini, sekiranya Yahoo! memperkenalkan fungsi API untuk Yahoo! Messenger, ianya bakal membuatkan pengguna menghabiskan masa yang lebih lama di Yahoo! Messenger, selain menambah dan menarik kembali pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka itu.

Sebelum ini, Yahoo! telah memperkenalkan Yahoo! Pulse dalam usaha untuk menjadikan laman mereka lebih sosial, selain telah memeterai perjanjian bersama pembangun permainan sosial – Zynga.

API untuk Yahoo! Messenger ini masih belum diketahui akan diperkenalkan bila, namun begitu, ianya dijangka akan diperkenalkan pada 30 Jun ini. Sama-sama kita nantikannya.


Yahoo! Memperlihatkan Iklan Yang Di Perkaya
Yahoo! Ingin Menjadi Hab Sosial Melalui Y! Pulse
Bekas Pemilik YouTube Mengambil-Alih Delicious Daripada Yahoo!
Yahoo! Memperkenalkan Yahoo! WebPlayer
5 Carian Terhangat Di Yahoo! Malaysia Sehingga 7 Oktober

4 Komen

  1. Wan Perlis pada 15 Jun 2010

    terus maju yahoo
    suka klik tanda seru kat yahoo tu :)

  2. zulmalc pada 15 Jun 2010

    lembab la yahoo nih..huhu

  3. Scromix pada 17 Jun 2010

    aku suka Yahoo Mail. unlimited :)

  4. Kak cun pada 17 Jun 2010

    Bagus lah macam tu.sebab dulu Yahoo! rank 1 pertama.
    senang je sang Google, Facebook dan Youtube meninggalkan
    Yahoo!.huhuhuuuuu……..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader