05Jun

Bing Kini Berumur Setahun

Microsoft

Ianya sudah setahun sejak Windows Live Search dijenamakan semula sebagai enjin carian Bing, yang mana kini, ianya sudah mula berkembang sedikit demi sedikit, selain memberikan sedikit cabaran kepada Google, sekaligus menjadikan Google mengikut serba sedikit rentak mereka.

Bing

Sama seperti enjin carian lain, Bing telah melalui suatu pembangunan dan perjalanan yang menarik sepanjang setahun yang lalu, dimana pelbagai produk Windows Live dijenamakan semula oleh Microsoft sebagai Bing. Pada masa yang sama, pelbagai peningkatan serta pengenalan fungsi-fungsi baru juga mula diperlihatkan oleh Bing.

Pada masa yang sama, Bing juga sudah berjaya memperoleh kerjasama bersama Yahoo! sekaligus membolehkan mereka menawarkan khidmat enjin carian kepada Yahoo!. Pengintegrasian dengan carian masa-nyata, selain menyediakan hasil carian di Facebook juga memperlihatkan yang mana Bing boleh lagi berkembang dari tahun ke tahun. Mengikuti Bing, kini Google dalam perancangan untuk memperkenalkan fungsi untuk mengubah latar belakang laman mereka mengikut citarasa pengguna sama seperti pada Bing.


Tiada Beta Kedua Untuk Windows 7
Office Sebagai Facebook App Melalui Docs.com
Office 15 Bakal Membawakan Aplikasi Baru Dipanggil Moorea?
Microsoft Pernah Turut Sama Berminat Untuk Mengambil-Alih Motorola
Aplikasi My Prayer Time Diperkenalkan Untuk Platform Windows Phone

5 Komen

  1. TMUkmkd pada 05 Jun 2010

    pasal google tu dia dah buat dah.. dalam google.com
    tapi aku tak minat la :D

  2. Taufik Dato Mansor pada 05 Jun 2010

    google bot setiap masa intai blog aku… huhu… tu yg best tu… huhu :)

  3. vangardx pada 05 Jun 2010

    ap2 pun jadi masih setia bersama google..

  4. Omar pada 08 Jun 2010

    tahniah microsoft… pasal bing ni jugak la company tu kena saman dengan sebuah syarikat Bing Inc.

  5. Kujie pada 23 Jul 2010

    nk request boleh

    boleh tak preview Bing Webmaster Tools?
    cari info ttg ni susah nak jumpa


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader