09Jun

Caffeine Di Perkenalkan Kepada Semua

Google

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya, kini Google memperkenalkan teknologi enjin carian mereka yang serba baru dan dinantikan para pengguna, iaitu Caffeine, yang mana membawakan kelajuan lebih 50% pantas meng-index web berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, Google mula menguji teknologi Caffeine sejak tahun lepas, yang mana bertujuan untuk membawakan hasil carian yang lebih segar dan berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya. Kini, dengan perkembangan laman sosial, kandungan video dan banyak lagi, Google terus berevolusi dengan teknologi carian mereka yang baru ini.

Google mengatakan yang mana teknologi Caffeine ini dibina dengan tujuan untuk jangka masa panjang, dan mampu berubah mengikut penambahan kandungan web dari masa ke semasa, selain membawakan keputusan dan hasil carian yang lebih relevan dari masa ke semasa.


YouTube Menambah Fungsi Berkongsi Pada Twitter
Pelayar Chrome Beta Untuk Mac Di Lepaskan
Google Memaparkan Amaran Tsunami Pada Halaman Utama
Microsoft Mula Menguji Live Tiles Pada Enjin Carian Bing
Google Docs Turut Sama Memperlihatkan Antaramuka Baru

7 Komen

  1. OAP pada 09 Jun 2010

    fuh! google, smakin mudah menggoogle…

  2. rashid pada 09 Jun 2010

    Kiranya ni spider google yang baru ker???hehe

  3. Taufik Dato Mansor pada 09 Jun 2010

    tapi gua respek ngan kehebatan server google… laju tahap superb..

  4. lizz pada 09 Jun 2010

    google ni memang lincah kaduk.ku suke!hahahaha

  5. Wan Perlis pada 10 Jun 2010

    google crawler semakin ganas nih

  6. melayu hebat pada 12 Jun 2010

    cantikk..aku akan shoot segala web yg aku ada….hahahaha..

  7. safar pada 27 Jun 2010

    semua dia nak lagu Pakcik google ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader