02Jun

Chrome OS Seawal Suku Tahun Ke-Empat

Google

Walaupun sebelum ini Chrome OS dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada bulan Disember 2010, kini, Google mengumumkan yang mana ianya akan muncul dipasaran seawal suku tahun ke-empat ini, dan mungkin ianya akan lebih interaktif berbanding yang pernah dipertontonkan sebelum ini oleh Google.

Chrome OS
Antaramuka Google Chrome OS

Dan berkemungkinan besar, sebelum versi akhirnya dikeluarkan, Google mungkin akan memperkenalkan suatu versi beta untuk sistem operasi yang berkonsepkan perkomputeran awan, dimana kesemua data dan fail disimpan di sebuah server, yang kemudiannya boleh diakses melalui sistem operasi Chrome OS ataupun melalui aplikasi web Google.

Sebelum ini, ianya sudah diketahui yang mana sistem operasi Chrome OS telah banyak melalui fasa pembangunan, dimana ianya kini memperlihatkan antaramuka yang interaktif dan menarik. Dan mungkin pembelian BumpTop oleh Google mungkin akan diintegrasikan bersama sistem operasi mereka, sekaligus membawakan desktop 3D yang amat menarik sekali.

Walaubagaimanapun, kini kita hanya perlu menunggu versi akhir Chrome OS dilepaskan, dan mungkin tidak lama selepas itu, tablet dan netbook yang menggunakan Chrome OS akan melanda pasaran. Sama-sama kita nantikannya.


Arkibkan Mesej Yang Anda Hantar di GMail
Google Membolehkan Pengguna Membuat Carian Menggunakan Imej
Jadikan Profail Twitter Anda Unik Dengan Mengawal Galleri Pada Profail
Infografik : Android - 10 Billion Aplikasi Dimuat-Turun
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

6 Komen

  1. Syafrizal pada 02 Jun 2010

    wah menarik ni..
    nak tunggu keluar dulu
    baru kita boleh test mana lagi hebat hehe

  2. myadlan pada 02 Jun 2010

    tak sabar nak tunggu chrome OS ni. cepat la keluar!

  3. Hafidz pada 02 Jun 2010

    Dunia OS pun sudah semakin menarik nih~ =D

  4. Taufik Dato Mansor pada 03 Jun 2010

    kalu aku pakai streamyx nanti mungkin akan ku pakai OS ni… sempoi… :D

  5. myFirdaus pada 04 Jun 2010

    menanti kemunculannya…. wahahaaa
    klu line internet hampeh, xbest laaa nk godek2 OS tuh…. :(

  6. mijie pada 04 Jun 2010

    memang tak terkejar la teknologi yang ada skrg ni


Tinggalkan Komen Anda