29Jun

Dokumen Windows 8 Tersebar Di Internet

Microsoft

Setelah sekian lama tidak kedengaran mengenai perkembangan Windows 8, kini suatu dokumen berkenaan dengannya tersebar luas di internet, memperlihatkan beberapa perkara baru yang bakal dirancang untuk Windows 8.

Pengenalan Identiti Melalui Muka

Salah satu perkara baru yang bakal dibawakan oleh Windows 8 adalah log masuk ke dalam sistem operasi melalui identiti muka. Ianya dikatakan yang mana kebanyakkan komputer akan mengintegrasikan penggunaan kamera menjelang tahun 2012, dan ianya akan memudahkan untuk sesuatu komputer mengenal pasti kehadiran seseorang pengguna, dan seterusnya log masuk secara automatik.

Reset Sistem Dengan Mudah

Microsoft turut dalam perancangan untuk memperkenalkan suatu butang reset khas yang mana bakal memasang semula komponen asal Windows, dan kembalikan sistem operasi anda seperti keadaan asalnya. Ianya merupakan salah satu fungsi yang bakal amat berguna untuk semua pengguna Windows, dan mungkin kini mereka tidak lagi perlu risau untuk format kembali komputer mereka apabila diserang virus dan sebagainya.

Pengenalan Microsoft App Store

Windows 8 kelak dijangkakan akan memperkenalkan Windows Store, iaitu salah satu tempat khas untuk mendapatkan pelbagai aplikasi untuk sistem operasi Windows anda. Seperti sedia maklum, aplikasi kini memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan harian seseorang pengguna, lebih-lebih lagi, Chrome OS yang dijangka akan mengutamakan sistem aplikasi, dan JoliCloud yang mana telah pun mengintegrasikan fungsi seumpamanya pada sistem operasi mereka.

Selain daripada ini semua, pelbagai perkara menarik lagi dijangka akan dibawakan oleh Windows 8, dan mungkin banyak lagi fungsi-fungsi baru Windows 8 akan diketahui dari masa ke semasa.

Kredit : Microsoft Kitchen


Fungsi Desktop Slideshow Pada Windows 7
Microsoft Memperlihatkan Tablet Dengan Windows 7
Task Manager Berevolusi Pada Windows 8
Microsoft Touch Mouse Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Bulan September
Office 15 Versi Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Januari?

12 Komen

  1. Scromix pada 29 Jun 2010

    log in guna muka je? Haha, kalo gado ngn awek, kena cakar mmpos x leh log in. ekekeke

  2. wan pada 29 Jun 2010

    susahku percaya benda ni.. mau tergelak pon ada.. sabar :)

  3. Frantz-Senpai pada 29 Jun 2010

    huhu… memang nmpak cambest… bleh tahan la

  4. Nyetok pada 29 Jun 2010

    Satu ari nanti kalo tetiba aku jadi ensem, takleh login.. susah plak nk kena crack password

  5. EiNS pada 29 Jun 2010

    Wave n Buzz hype je lebih2…tgok2 fail jugak…
    nk tgok bleh ke bersaing ngan FB pas nie…

  6. paeh pada 29 Jun 2010

    sebenarnya face detection lebih kepada scan iris mata korang… bukan pada muka semata-mata….

  7. Wan Perlis pada 29 Jun 2010

    log in detect muka dah ada. buat final project.

  8. azzam pada 29 Jun 2010

    waa.. bnda ke bnda ni ade dalam windows 8 nti.. tbaik la dari microsft kirenye ye..

    tp dalam2 yg baik msti ade cacat jgk rasenye

  9. melayu hebat pada 29 Jun 2010

    perghh..hebat giler

  10. hafidz pada 29 Jun 2010

    kemudian dokumen windows 9 pula akan tersebar? =P

  11. syahrilhafiz pada 12 Jul 2010

    erm kemas la..
    sensor banyak la pulak..
    boleh buat security ni..muahaha

  12. FirdausIbrahim pada 20 Jul 2010

    ntah ler..aku xleh nk imagine dh apo kan jd nt..tunggu n lihat dulu..yg penting,harap2 ade fail windows 8 installer leak mcm windows 7 ri tu hehehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader