16Jun

Domain Tulisan Jawi, Cina dan Tamil Akan Di Perkenalkan

Web 2.0

Setelah domain dengan penggunaan tulisan berlainan daripada tulisan rumi diperkenalkan, kini DomainRegistry sedang berkira-kira untuk memperkenalkan domain dalam tulisan jawi, cina dan juga tamil kepada para pengguna Malaysia.

Ianya masih lagi belum diketahui bilakah DomainRegisty akan memperkenalkan servis pendaftaran domain dalam tulisan yang berbeza daripada tulisan rumi itu, tetapi ianya dijangka akan diperkenalkan dalam jangka masa terdekat ini.

Buat masa ini, pihak DomainRegistry dalam proses membuat bancian mengenai produk terbaru daripada mereka itu, dimana beberapa soalan ditanya berkaitan dengan penggunaan tulisan jawi, cina dan tamil dalam nama domain, hal-hal berkaitan pra-pendaftaran dan pelbagai perkara lagi.


Facebook Mula Menekankan Fungsi Community Pages
Fungsi Carian Twitter Baru Mula Diperkenalkan Untuk Semua
Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan
SocialShout Bakal Dilancarkan Sekitar Minggu Hadapan - Ganjaran Kepada Aktiviti Sosial Anda
Fail APK Untuk Flipboard Mula Tersebar Di Arena Internet

14 Komen

  1. Adlan Khalidi pada 16 Jun 2010

    Macam pelik je guna perkataan berkira-kira kat situ. Lebih sesuai tulis ‘mengkaji’ ke..

  2. hanisaleeya pada 16 Jun 2010

    I’ll try. Macam best jek.. Hehe..

  3. Akmal Hisyam pada 16 Jun 2010

    pergh..
    x susah ke nanti nak taip?

    • lol pada 16 Jun 2010

      lol, ape yg nk disusahnye? lain la kalau korang takde IME, sedih tol la komputer aku pun takde IME, cd dia pun dh hilang T__T

  4. hafidz pada 16 Jun 2010

    huhuhu kena beli keyboard baru la jawabnya ;)

  5. hanisaleeya pada 16 Jun 2010

    pakai software je. tak payah keyboard baru…

  6. Azah pada 16 Jun 2010

    susah la..
    aku x sokong..
    aku rasa pembeli pun x byk nnt,
    maybe ada yg beli utk kepuasan diri je kot..

    • lol pada 16 Jun 2010

      LOL, Lantak lah pun diorang nak buat, kenapa K beria-ria bantah ni? It’s just a domain. :lol:

  7. Taufik Dato Mansor pada 16 Jun 2010

    no komen… :D

  8. Scromix pada 17 Jun 2010

    kalo tamil susah tu….

  9. Kak cun pada 17 Jun 2010

    kita tengok je la nanti.

  10. mancai pada 17 Jun 2010

    adakah keyword akan mudah di index oleh yahoo google dan lain2?

  11. woah.. info nie menarik… jawi tu boleh jadik base bagus untuk ustaz2 berdakwah.. boleh terus sampaikan dakwah secara global guna bahasa arab. bukan semua arab pandai omputeh. tp kalau nak target reader tempatan, x ramai sgtla yg guna arab daily.

  12. En. W pada 29 Dec 2011

    domain amanz akan jadi
    امانز.my agaknya??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader