Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang tidak begitu mengenali pelayar web Flock, yang mana menyediakan pelbagai fungsi sosial yang diintegrasikan secara terus pada pelayar web. Kini, pembangun Flock mengumumkan yang mana versi terbaru pelayar web mereka kelak akan menggunakan kod Chromium.
Sebelum ini, seperti sedia maklum, Flock menggunakan kod sumber Firefox dalam pembangunan pelayar web mereka. Namun begitu, kini mereka mengumumkan perkara yang mengejutkan apabila mengumumkan peralihan kepada Chromium, sekaligus menjadi projek kedua terbesar menggunakan kod sumber Chromium selepas Google Chrome.
Menariknya, projek pelayar web sosial ini dimulakan ketika laman sosial tidak begitu popular, dan kini ketika zaman kegemilangan laman sosial, ia semestinya bakal membawakan pelbagai perubahan daripada segi penggunaan.
Kini, dengan menggunakan kod Chromium, pelayar web Flock menjadi lebih ringan, dan mengintegrasikan pelbagai fungsi sosial dalam bentuk yang lebih interaktif lagi. Buat masa ini, Flock 3.0 masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan bagi para pengguna yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Flock 3.0 Beta dan menikmati pelbagai fungsi sosial pada enjin Chromium.
11 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
tak penah dgr psl flock..huhu
aku pernah baca pasal flock ni kat majalah pc…. boleh tahan la browser ni… not bad la…
Aku pernah dengar dan pernah baca tapi tak pernah. Hehehehe…
Tapi pasal firefox dan chromium tu aku tau dan aku memang sedang gunakan iaitu Mozilla Firefox dan Google Chrome.
Oppsss… tapi tak pernah guna (tertinggal pulak)
pernah guna dulu.. tapi cam xbesh.. sebab dulu xkenal pun fesbuk or social network.. kah3..
aku pernah guna masa tu dia guna gecko untuk FF3.1 (baru lagi la)
ok la.. tapi aku tak minat kot
so dia tukar ke webkit & V8?
dah nak jadi kawan baik google pula.
browser ketiga aku selepas opera… nampak makin mantap nih