16Jun

Hotmail Di Beri Nafas Baru Melalui Wave 4

Microsoft

Selain daripada Office 2010, Microsoft juga turut sama memperkenalkan Hotmail yang serba baru, dengan pelbagai fungsi baru yang menarik, termasuk pengintegrasian bersama Office Web Apps, dan juga kebolehan untuk menyertakan fail sehingga 10Gb.

Kini, dengan menggunakan Hotmail, anda boleh dengan mudah mengemaskini segala dokumen Office anda melalui aplikasi Office Web Apps yang diintegrasikan bersama-sama pada Hotmail. Selain daripada itu, menariknya, anda juga boleh menghantar fail bersama-sama dengan emel anda sehingga 10 Gb. Ini berjaya dilaksanakan oleh Microsoft dengan mengintegrasikan Hotmail bersama-sama dengan SkyDrive.

Pada masa yang sama, para pengguna juga kini dengan mudah boleh membuat album gambar dan berkongsinya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga dengan mudah secara terus daripada Hotmail.

Walaubagaimanapun, segala fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Hotmail dari masa ke semasa, dimana proses pengemaskinian sedang dilakukan buat masa ini oleh pihak Microsoft, manakala pengintegrasian Hotmail bersama Office Web Apps pula akan diperkenalkan mengikut negara, dimana ianya akan dimulakan daripada US, Kanada dan akan diteruskan ke seluruh dunia.


IE 8 Menyokong Penuh Implementasi CSS 2.1
Windows 7 Beta Menghampiri Tarikh Tamat Tempoh
Windows Phone Akan Menerima Kemaskini "NoDo" Seawal Februari
Tiada Menu Start Pada Windows 8?
Office 15 Memulakan Ujian Technical Preview - Versi Beta Terbuka Bakal Menyusul

5 Komen

  1. asx pada 16 Jun 2010

    wah , boleh migrate semua files ke hotmail ni.

  2. Syafiq Zainal pada 16 Jun 2010

    menarik.. gi daftar tadi.. but masih versi lame =.=’

  3. aktechpage.com pada 16 Jun 2010

    Nasib baik aku salah seorang pengguna Hotmail yg tegar…
    Masih lg la menggunakan email hotmail walaupun email lain pun ada juga..
    Yg paling menarik ialah boleh attachment file bersama email hingga saiz 10GB tu…
    Nanti bole la send video atau lagu2 melalui hotmail… beshhh tu

  4. Kak cun pada 17 Jun 2010

    makin comel Hotmail.Kak cun
    sekarang dah jarang sangat buka
    Hotmail tak tahu pula nak buat perubahan.

  5. mancai pada 17 Jun 2010

    pernah ada hotmail dulu… macam berminat balik la pulak… leh try ni.. lagipun free je kan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader