15Jun

HTC Desire – Internet Dan Multimedia Pada Satu Gajet

Gajet, Web 2.0

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan, Maxis secara rasminya telah pun membawa masuk telefon bimbit super-android yang diperkatakan ramai, iaitu HTC Desire ke Malaysia, selain menawarkannya pada harga yang amat istimewa. HTC Desire yang ditawarkan membawakan pelbagai fungsi menarik, termasuk memudahkan anda mengikuti rakan anda dengan pengintegrasian Friends Stream padanya.


Skrin AMOLED Pada HTC Desire

HTC Desire membawakan kebolehan skrin sentuh multi-touch pada skrin AMOLED yang berkeluasan 3.7-inch dengan resolusi 480×600 pixel. Dengan pengintegrasian HTC Sense UI ianya membawa Android ke suatu tahap yang luar biasa. Telefon pintar yang seberat lebih kurang 135 gram ini juga mempunyai sensor yang membolehkan antaramuka telefon diubah berdasarkan kedudukan skrin, samaada dalam bentuk landscape ataupun potrait.


HTC Desire Di datangkan Dalam Pakej Yang Menarik

HTC Desire membolehkan anda mengikuti perkembangan rakan-rakan anda dengan mudah, samaada melalui Facebook, Twitter, Flickr ataupun yang lain-lain dengan aplikasi terbina yang dipanggil Friends Stream. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh memuat-turun aplikasi tambahan daripada Android Market yang mempunyai ribuan aplikasi percuma untuk tujuan sosial dan sebagainya.


Kamera 5 MegaPixel Pada HTC Desire

Selain daripada itu, HTC Desire juga membawakan pengalaman pelayaran web yang lebih menarik dengan kebolehan antaramuka yang boleh ditukar ke bentuk potrait atau landscape secara automatik. Menariknya pada pelayar web terbina di HTC Desire adalah dimana anda boleh membuat carian secara terus di Wikipedia ataupun menterjemaahnya kepada bahasa kegemaran anda dengan mudah, dengan hanya membuat pilihan teks, dan klik padanya sahaja. Selain daripada itu, anda juga boleh menambah pengalaman pelayaran anda dengan menggunakan pelayar web yang anda minati, samaada Opera ataupun Firefox dengan memuat-turunnya secara percuma terus daripada Android Market.


KeyPad Pada HTC Desire

Para peminat multimedia juga akan jatuh cinta dengan HTC Desire. Dengan Qualcomm Snapdragon Processore berkelajuan lebih 1GHz, ianya membawakan penggunaan multimedia yang amat menarik, selain grafik yang amat cantik sekali. Pelbagai permainan menarik juga boleh dimuat-turun secara percuma selain anda boleh bersaing dan bermain bersama-sama dengan rakan-rakan anda melalui pilihan multi-player.


Slot SIM dan Memori

HTC Desire juga membawakan kamera 5-MegaPixel, membolehkan anda menangkap dan mengabdikan kenangan anda dengan mudah dalam bentuk yang amat jelas dan tajam, dengan kebolehan auto-fokus dan geo-tagging, serta face-detection, sekaligus membawakan segala fungsi kamera digital terus ke telefon bimbit HTC Desire anda.


Aksesori Tambahan Turut Di Datangkan Bersama

Antara fungsi lain yang menarik termasuklah kompas digital, pengintegrasian bersama YouTube, GMail dan Picasa daripada Google, sokongan MP3 dan MP4, serta kekunci carian yang dedikasikan khas. Selain daripada itu, HTC Desire juga membawakan fungsi Voice Memo untuk para pengguna.

Para pengguna di Malaysia boleh mendapatkan HTC Desire secara terus daripada Maxis pada harga yang amat menarik sekali, iaitu pada harga hanya RM1,499 dan menikmati segala fungsi menarik yang terdapat padanya.


Contoh Gambar Yang Di Tangkap Menggunakan HTC Desire


Iklan DoubleClick didalam Nuffnang
Google Ingin Memperkenalkan Tablet Android?
Groupon Malaysia Kini Menerima Lebih 500 Pengguna Baru Sehari
Twitter Menguji Tweet Iklan Pada Timeline Dengan Lebih Meluas
Twitter Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Profil Khas Untuk Jenama Dan Organisasi

16 Komen

  1. mrs jamal pada 15 Jun 2010

    memang mudah..tp bil tetap kene bayar juga kan

  2. Baloot pada 15 Jun 2010

    Wahhh.. Cun HTC ni.. Tapi, nak tunggu iphone 4 la.. lagi mantappp.. Huhu.. Aman, cun-kan-lah cket gambar tu. Blur semacam jek..

    • fazlee pada 30 Jun 2010

      Iphone is a joke bak kata orang putih. Harga je mahal padahal spec biasa2 je. Cuma cara marketing diorang je yg membuatkan ramai orang terpukau. Kalau kt malaysia android phone ni masih baru lg. Masih kurang popular. Tp kt luar negara sana jualan hp android sendiri dah melebihi jualan iphone. Xcaya anda boleh google sendiri .

  3. EiNS pada 15 Jun 2010

    Asal gambar blur?

    Problem smartphone Android walaupun proc laju dan gpu power tapi still tak banyak commercial game berbanding iphone

    • aMaNz pada 15 Jun 2010

      gambar blur sebab nak tunjuk kualiti gambar antara fon biasa dengan HTC Desire. Gambar dari HTC Desire pada penghujung artikel. :)

  4. eyra pada 15 Jun 2010

    wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

  5. zulmalc pada 15 Jun 2010

    klu bli xde kontrak bape agaknye erk..aku mmg nak pakai android nih..hahhaa

    • aMaNz pada 15 Jun 2010

      Tanpa kontrak, RM2199 kot.

  6. HURULAINI pada 15 Jun 2010

    woohoo…cool…

    soalan:
    1) phone ni ada x aplikasi untuk view file autoCAD?
    2) kalau nak beli tanpa pakej maxis brapa harga dia?
    3) ada keypad x?
    4) Boleh masukkan mp3/audio file sendiri x? ke mesti beli digital music mcm iphone gak?
    5) Apa yg best sangat iphone 4? aku x rasa iphone best…

    thanks

    • aMaNz pada 15 Jun 2010

      1) Ada app dia – AndCAD (Android CAD)
      2) Tanpa pakej Maxis RM2199
      3) Keypad pada skrin.
      4) Boleh. Guna USB.
      5) Erm. iPhone 4 ada kamera depan.

  7. JayZ Wong pada 15 Jun 2010

    Front camera yang ada pada iPhone 4 hanya digunakan untuk Video Call antara iPhone 4 sahaja…
    Tak boleh digunakan antara iPhone 4 dan telefon lain…

  8. Akmal Hisyam pada 15 Jun 2010

    Fuyoh!
    mcm best HTC ni..
    tp kenapa aku rasa HTC ni mcm x laku sgt?
    ke aku je yg rasa camtu..hehe

  9. izzat pada 15 Jun 2010

    satu benda kelemahan HTC Android dari dulu, kalau ada update baru keluar dari Google. Contoh Android 2.2, berzaman la tunggu update ni available untuk produk HTC Android ni. HTC Hero dengan Android 1.6 sampai sekarang tak dapat update ke Android 2.1 walaupun HTC penah keluarkan kenyataan untuk sediakan kemaskini pada April lepas, namun tiada berita sampai sekarang.

    kalau nak diikutkan features pada HTC Desire dengan Android 2.1 ni sememangnya mengalahkan iphone sendiri. Semua basic phone, radio, bluetooth transfer, etc semua ada pada HTC Desire ni. Harga pun lebih kurang iPhone je. Tapi kadang2 HTC Desire ni lagging skit, walaupun dah pakai processor 1Ghz..mungkin dari segi software kot masalah die..ntah la..

    • fazlee pada 30 Jun 2010

      Kalau nk best pki android beli micro sd card class 6. Baru superfast ;)

  10. AdamC pada 16 Jun 2010

    Screen resolution Desire 480X800 bukan 600.

    Suma yang hang tulis kat sini boleh dapat kat website HTC, apa beza dia tulis kat sini?

  11. koko pada 12 Sep 2010

    biase je fon ni…android la.ios la,poyo je sume tu…yang terbaik tetap NOKIA 3210 jugak! 3310 pun ok..


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader