19Jun

Perbandingan HTC Desire dan iPhone 3GS

Gajet

Salah satu perkara yang sering ditanya-tanya oleh pembaca Amanz adalah berkenaan dengan perbandingan HTC Desire dengan iPhone. Di sini kami menyediakan perbandingan daripada beberapa segi dimana iPhone 3GS dan juga HTC Desire diperbandingkan.

HTC Desire

Harga

Salah satu perkara yang paling utama diambil berat oleh para pengguna selain daripada spesifikasi sesuatu gajet adalah berkaitan dengan harganya. Jikalau diambil untuk kiraan perkara tersebut, HTC Desire ditawarkan oleh Maxis pada harga bermula RM1499 manakala iPhone ditawarkan pada harga lebih kurang RM1699. Perbezaan lebih kurang RM200 ini memperlihatkan yang mana pengguna boleh berjimat sepenuhnya dengan HTC Desire yang mana membawakan spesifikasi yang lebih kurang serupa dengan iPhone 3GS.

Skrin, Resolusi dan Antaramuka

HTC Desire
HTC Desire membawakan skrin seluas 3.7-inch dengan resolusi 480×800, manakala iPhone 3GS hanya menawarkan skrin seluas 3.5-inch sahaja dengan resolusi 480×320 sahaja. Sepanjang penggunaan HTC Desire saya selama lebih kurang 2 minggu, saya dapati antaramuka yang ditawarkan oleh HTC Sense tidak kurang menariknya, malah fungsi memperlihatkan skrin seperti mana pada desktop, iaitu fungsi yang dipanggil Scene itu amat menarik, dimana lebih 7 tetingkap diperlihatkan pada satu skrin.

Sistem Operasi

Seperti sedia maklum, HTC Desire mengguna-pakai sistem Android 2.1 yang dibangunkan oleh pihak Google, manakala iPhone menggunakan iPhone OS yang dibangunkan oleh pihak Apple. Kedua-dua sistem operasi ini sering ditambah dengan pelbagai fungsi menarik dari masa ke semasa. Melalui versi terkini, Android 2.2 yang ditawarkan, ianya membawakan pelbagai fungsi yang menarik untuk para penggunanya. Selain daripada itu, versi Android yang akan datang akan menemui para pengguna pada penghujung tahun ini, dan mungkin akan membawakan sebuah antaramuka yang menarik dan baru. iPhone OS juga menerima kemaskini, dimana sistem operasi terbaru mereka adalah iOS 4.

Kamera

Mungkin semua sudah maklum yang mana kamera iPhone 3GS kurang menarik apabila dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh HTC Desire, iaitu kamera 5-megapixel. Gambar yang ditangkap menggunakan kamera HTC Desire juga lebih tajam dan jelas berbanding kamera iPhone 3GS.

Aplikasi

Semestinya, iPhone 3GS mempunyai lebih banyak aplikasi yang ditawarkan yang boleh dimuat-turun berbanding dengan HTC Desire yang mana turut sama boleh memuat-turun pelbagai aplikasi daripada Android Market. Walaupun aplikasi yang ditawarkan adalah kurang buat masa ini, ianya meningkat daripada hari demi hari, selain dimana kebanyakkan aplikasi utama dan menarik sudah terdapat pada Android samaada daripada pembangun sama ataupun dari pihak pembangun lain yang menyediakan alternatifnya.

Bateri

Daya tahan iPhone 3GS adalah lebih lama jikalau dibandingkan dengan HTC Desire. Namun begitu, anda boleh memanjangkan jangka hayat bateri HTC Desire dengan menutup pelbagai aplikasi yang mungkin dibuka oleh anda secara tidak sengaja dengan menggunakan aplikasi seperti Task Killer dan sebagainya.

Multimedia

Dari segi muzik, saya secara peribadi lebih meminati apa yang ditawarkan oleh iPhone 3GS. Namun begitu, jikalau dilihat daripada video dan juga gaming, HTC Desire dilihat lebih baik kerana bermain game pada HTC Desire adalah hampir sama seperti bermain pada konsol permainan mudah-alih yang lain. Melihat video pada skrin yang lebih luas juga lebih memuaskan hati berbanding pada iPhone 3GS.

Sosial


Kini, dengan pelbagai laman sosial yang kian meningkat naik, HTC Desire menyertakan fungsi sosial terbina melalui HTC FriendStream, yang membolehkan anda mendaftar masuk ke Facebook, Twitter, dan Flickr dan mengikuti segala perkembangan rakan-rakan anda secara terus daripadanya tanpa sebarang aplikasi tambahan.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin berubah dengan iPhone 4 yang akan diperkenalkan oleh Maxis di Malaysia tidak lama lagi. Namun begitu, mungkin pada ketika itu, HTC juga turut mempunyai sesuatu yang baru, dan mungkin turut sama akan dibawa oleh Maxis pada ketika itu.


Lagi Gambar iPhone Generasi Ke-Empat Tersebar
Facebook Bakal Mengeluarkan Telefon Pintar?
HTC Flyer Akan Mula Dijual Bermula 12 Mei Pada Harga RM2499
Sasaran Pengeluaran Dan Jualan Peranti RIM Suku Tahun Lepas Tidak Mencapai Sasaran?
Xperia Active Berharga RM1159 Dan Xperia Arc S Berharga RM1899

15 Komen

  1. bh pada 19 Jun 2010

    waaa..hebat gak..kejap je iphone boleh ditandingi..tapi kalau internet macam mana ek?

    • anazhd pada 21 Jun 2010

      Iphone ditandingi? Kamu dah pernah pakai iPhone ke tidak? untuk pengetahuan kamu, iPhone 5 kali lebih canggih dari HTC Desire. Kenapa? Google la! atau GET AN IPHONE NOW!

      • fazlee pada 30 Jun 2010

        Anda dah cuba ke htc desire.:?.saya yakin 99% yang mencuba htc desire xkn berpaling semula kt iphone. Malah ada seller hp bagitahu saya ramai yg trade in iphone untuk pki htc desire ni ;)

        • fikri pada 31 Jul 2010

          saya guna htc desire… memang best. penjual pun rekemen htc desire dari iphone. lepas nie semua htc desire akan guna android 2.2

    • fikri pada 31 Jul 2010

      htc desire lagi laju dr iphone… selepas ini android 2.2 dikemaskini, internet 4kali lebih laju dari sekarang

  2. denaihati pada 19 Jun 2010

    Terima kasih dengan review yg sangat informative ni.

  3. Fairleigh pada 19 Jun 2010

    waaa..hebat gak..kejap je iphone boleh ditandingi..tapi kalau internet macam mana ek?
    +1

  4. KNizam pada 21 Jun 2010

    aku tetap dgn iPhone 3Gs dan mungkin iPhone4 x lama lagi. hehe cun woooo. mmg jauh panggang dari api ngan lain2 handphone. design je mmg dah cunz! hehe

  5. cool pada 21 Jun 2010

    tetap iphone ! c0z iphone tu korang hilang kat mane sekali pun..leh cari balik n boleh delete data2 private dari jauh dengan menggunakan mobile me….n mungkin iphone 4 boleh kalah kan HTC…..

  6. azhar pada 04 Jul 2010

    Alhamdulillah dapat aku pakai Iphone 3G 16G unlock… dah aku update ios4….rezeki beli pun sebab aku belajar kat usa sekarang nih..dekat usa memang murah sangat banding kat malaysia…cuma disini aku nak cite pasal iphone yang aku pakai….sebab kawan aku seorang kat sini ada pakai HTC tue….memang iphone 10 X terbaik…..macam x percaya ada handphone unik macam Iphone….kalau ada rezeki masing2…aku recommend suruh beli Iphone ….kat sini masa perlancaran Iphone 4…org ramai tunggu dari kul 12 mlm…pada hal kedai bukak kul 8 pagi….Terbaik untuk Iphone

  7. fikri pada 19 Jul 2010

    alhamdulillah aku sudah memiliki HTC Desire. memang baik. bateri tahan lama…

  8. koko pada 12 Sep 2010

    biase je fon ni…android la.ios la,poyo je sume tu…yang terbaik tetap NOKIA 3210 jugak! 3310 pun ok..

  9. azman pada 09 Feb 2011

    3gs tetap dihati…

  10. ct pada 09 Feb 2011

    suami sy gune htc desire hd. mmg gempak n best. surf tenet sgt laju…dload app free pon byk. penjual tue pon rekomen amek desire hd nie bbdg iphone. i loike…=D

  11. AW pada 17 May 2012

    MEMENG HTC G ADA TANDINGANNYA// HTC THEBEST…”


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader