16Jun

Maxis Bakal Memperkenalkan IPTV

Telekomunikasi

Dalam mempelbagaikan pendapatan selain daripada panggilan suara dan SMS, kini Maxis dijangka akan memperkenalkan servis terbaru mereka, Maxis IPTV seawal suku ketiga tahun ini, sekaligus menjadi pesaing terdekat kepada Hypp.TV daripada TM HSBB.

Buat masa ini, Maxis menawarkan lebih 20 saluran melalui Maxis TV kepada para pelanggan Maxis 3G dengan telefon mudah-alih yang disokong. Pada masa yang sama, Maxis juga mengatakan yang mana mereka telah bersedia dari segi teknologi dan sebagainya untuk memperkenalkan servis mereka yang terbaru itu, Maxis IPTV.

Selain daripada itu, Maxis juga dijangka akan memperkenalkan banyak lagi perkhidmatan tambahan dan produk baru dibawah jenama mereka. Sebelum ini, Maxis telah membawa masuk 6 telefon Android, termasuk HTC Desire, Blackberry putih, dan juga dijangka akan memperkenalkan iPhone 4 tidak lama lagi.


Lebih 560 Juta Pengguna Berdaftar di Skype
Maxis Bakal Menguji Rangkaian 4G LTE
Jalenas Melancarkan Perkhidmatan Omni
Celcom Bakal Menawarkan BlackBerry PlayBook - Pelan Dan Pakej Diperlihatkan
Celcom Turut Sama Menawarkan HTC Sensation XE Pada Harga Serendah RM1248

4 Komen

  1. Adam pada 16 Jun 2010

    Hypp.tv baru ade pesaing macam ni. sebagai user jugak baru ade banyak choice untuk buat pilihan. bila mereka bersaing yang akan untung adalah user.

    anyways tak sabar nak tunggu iPhone 4.

  2. Kak cun pada 17 Jun 2010

    Unifi lagi bagus……….

  3. mancai pada 17 Jun 2010

    nak tengok apa digi dengan celcom akan buat lepas ni…

  4. encik tT pada 03 Sep 2010

    Unifi OK ke…aku rasa tak Kot….aku yg sllu g settle masalah customer..macam2 hal…makna nye Iptv unifi tak Ok…


Tinggalkan Komen Anda