03Jun

Maxis Menawarkan Bold 9700 Berwarna Putih

Gajet, Telekomunikasi

Selain daripada telefon bimbit Android, Maxis juga akan membawa masuk telefon pintar BlackBerry 9700 berwarna putih ke pasaran Malaysia, dan kini para pengguna sudah boleh mula pra-daftar untuk mendapatkan telefon tersebut daripada Maxis.

BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ini ditawarkan oleh Maxis pada harga RM2099. Namun begitu, dengan pakej BlackBerry Internet Service daripada Maxis untuk tempoh selama 12 bulan, anda boleh mendapatkannya pada harga yang istimewa, iaitu serendah RM2459. Melalui BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ini, ianya membawakan peningkatan kepada beberapa perkara, termasuk kamera 3.2 MegaPixel yang membawakan fungsi auto-fokus pada kamera yang membolehkan gambar ditangkap dengan lebih jelas.

Walaubagaimanapun, para pengguna turut sama boleh mendapatkannya dalam bentuk pra-bayar pada harga RM2,279 yang mana didatangkan bersama pakej langganan BlackBerry Interner Service selama 6 bulan bersamanya.

Bagi yang berminat, boleh mendaftarkan minat anda dengan mengisi borang di laman Maxis, jadi yang terawal untuk mendapatkan BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ini.


Maxis : iPhone 3GS Di Malaysia Hujung Bulan Ini
Akta Liabiliti ISP Akan Di Bentangkan
Maxis Bakal Menawarkan Pelan Data Khas Untuk Pengguna iPad 2
12 Mei Berlalu Tanpa Pengumuman HTC Flyer Dari Maxis
Samsung Memperlihatkan Peti Sejuk, Mesin Basuh Dan Penghawa Dingin Dengan Sokongan WiFi

11 Komen

  1. Affuan pada 03 Jun 2010

    Plan GSM mengarut lagi? Bo layan la.

  2. Wan Perlis pada 03 Jun 2010

    bilakah aku mampu memilikinya

  3. arkibtutorial pada 03 Jun 2010

    masih terlalu mahal, haha.

  4. eiman pada 03 Jun 2010

    putih? tak sesuai untuk aku sebab nanti kotor, setiap masa nak kena lap.. tapi aku dah beli curve.. hehe

  5. Hafidz pada 03 Jun 2010

    Sekarang ni da musim @ kebangkitan handphone blackberry la pulak~ huhu

  6. mancai pada 03 Jun 2010

    aku still kat nokia n900 dengan iphone…

  7. suri pada 03 Jun 2010

    salam..wah semakin canggih..suri suka warna putih sb nampak bersih :)

  8. Zairi Zaidi pada 03 Jun 2010

    owh, bold tu nama

  9. Takenaga pada 04 Jun 2010

    Better tunggu Bold 9650 masuk Malaysia. Tolong lah any telco Malaysia bawak masuk bold 9650 puhhleaseeeeeeeeeeeeeee. :P

  10. mijie pada 04 Jun 2010

    harganya mahal, huhu tak mampu lagi untuk saya memilikinya

  11. kuyanz pada 19 Jun 2010

    tak disangka2, allah beri rezeki pakai BB Bold 9700 ni… hadiah dr isteri tercinta pada 11 Jun 2010… alhamdulillah.. mmg best hp ni.. slalu main dgn nokia dan sony ericson jee sblm ni… tp ni mmg laa sgt teruja…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader