29Jun

P1 dan Intel Memperkenalkan 6 Laptop WiMAX

Gajet, Telekomunikasi

Seperti sedia maklum, hari ini, P1 dan Intel telah melancarkan laptop dengan keupayaan WiMAX kepada umum. Antara jenama laptop yang diperkenalkan oleh P1 dan juga Intel adalah termasuk Acer, Asus, Dell, Lenovo, MSI dan juga Toshiba.

Kesemua laptop ini bakal menggunakan modul Centrino Advance-N WiMAX 6250, yang mana melaluinya, ianya menyokong sambungan internet sehingga 10Mbps. Menariknya, P1 menyediakan pakej khas untuk laptop-laptop tersebut, dimana setiap satunya didatangkan dengan pakej P1 WiMAX untuk 6 bulan.


Laptop Lenovo Yang Di Datangkan Dengan Chip WiMAX

Pengenalan kerjasama antara P1 dan juga Intel ini menjadikan Malaysia sebagai negara kelima dimana Intel bekerjasama bersama penyedia internet tempatan dalam memperkenalkan produk WiMAX mereka kepada para pengguna.


Perbandingan HTC Desire dan iPhone 3GS
Lebih 4 Perantian Akan Di Perkenalkan Yes4G Kelak
Peguam Samsung Ingin Melihat iPhone 5 dan iPad 3
BlackBerry Bold 9790 Disasarkan Untuk Pelancaran Bulan November
Droid Razr Akan Mula Dijual Bermula Jumaat - Berharga RM1999

6 Komen

  1. Alon pada 29 Jun 2010

    Centrino Advance-N WiMAX 6250 :s gilo , ptot ah mahai

  2. NK pada 29 Jun 2010

    amboi, lepas ni owner2 ni sume mesti dah tak pakai wifi.

    tapi beli laptop tu kire ade kontrak dengan P1 la agaknye nnt..

  3. safar pada 29 Jun 2010

    huhuhu……..aku nk ambil juga……

  4. titan pada 01 Jul 2010

    hoho..kalau kat damak ni, tak guna ada laptop nih..

  5. mancai pada 05 Jul 2010

    sesuai untuk kawasan bandar sahaja la gayanya… target market untuk company2 yang belikan utk pekerja2nya la ni…

  6. jiehotz pada 05 Feb 2011

    mcm ne .. klu sy dh gunekan modem P1 4G Wimax + ngan set combo plak tu skali (broadband P1) siap free wireless phone dh dekat 8bln paka skrg ni..boleh x tukor dgn laptop WIMAX ni .?? x kire la ape brand ,klu bleh brand DELL..tu je prmintaan , kalau boleh la.
    x pon ade cara lain yg bleh digunakan..diharapkan kerjasama dr pihak P1
    ini bukan nyer satu gurauan atau penipuan..T.K


Tinggalkan Komen Anda