Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun saya tahu kedua-duanya tidak sepatutnya untuk diperbandingkan, disebabkan saya telah menggunakan BlackBerry untuk beberapa bulan, ada patutnya saya turut memperlihatkan pendapat saya berkenaan dengannya, selain daripada perbandingan HTC Desire bersama iPhone 3GS.
Secara jujurnya, saya lebih meminati dengan papan kekunci BlackBerry walaupun sedikit kecil dan sukar untuk digunakan untuk pengguna baru. Papan kekunci atas skrin pada HTC Desire juga sedikit menarik, namun bagi pengguna yang banyak menaip menggunakan bahasa Melayu, ianya mungkin sedikit sukar untuk penggunaan pertama kali, disebabkan anda perlu untuk menambah ayat dan perkataan baru, selain perlu untuk memadam ayat yang dijana melalui auto-complete.
Semestinya, HTC Desire memenangi pada bahagian ini, dengan kamera 5-megapixel, processor yang amat laju, skrin sentuh dengan grafik yang amat menarik dan sebagainya. Gambar dan video yang dirakamkan menggunakannya juga lebih menarik dengan apa yang dirakam menggunakan BlackBerry.
Oleh kerana HTC Desire menggunakan Android, bilangan aplikasi yang ditawarkan adalah lebih 50,000, dengan hampir 60% daripadanya adalah percuma. Pada masa yang sama, BlackBerry juga turut menawarkan aplikasi percuma kepada pengguna Malaysia melalui BlackBerry App World. Namun begitu, bilangan aplikasi tidak begitu banyak seperti mana yang terdapat di Android Market.
Oleh kerana saya lebih banyak menggunakan emel GMail, oleh yang demikian, kedua-dua platform menawarkan Push Email, dimana saya mendapat notifikasi sebaik sahaja terdapat email baru yang saya terima.
Yang menariknya pada HTC Desire, anda boleh mengikuti rakan anda pada laman sosial seperti Facebook dan Twitter tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan, melalui Friend Stream. Anda boleh membuat perkara sama pada BlackBerry, tetapi perlu memasang aplikasi berasingan untuk setiap satu. Namun begitu, BlackBerry menyediakan platform untuk mesej khas untuk para penggunanya, melalui BlackBerry Messenger.
Secara jujurnya, setiap platform mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Daripada apa yang dilihat, HTC Desire sesuai digunakan untuk mereka yang lebih meminati hiburan, ingin mengikuti rakan mereka melalui laman sosial, dan menariknya menggunakan Android yang kian mendapat hati daripada para pengguna seluruh dunia. Pada masa yang sama, Blackberry kini banyak digunakan oleh eksekutif dan sebagainya. Namun begitu, ianya mungkin berubah pada bila-bila masa sahaja.
Jadi, apakah pilihan anda, HTC Desire ataupun Blackberry?
Penulis menggunakan Blackberry Curve 8520.
10 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
lagi suka BB, sebab tak perlu susahkan diri nak tengok skrin masa menaip :p hahaha
I’m currently using HTC Hero so I’ve some knowledge on Android. Actually we can disable auto completion for touch input/keyboard so we can easily type in Bahasa Melayu for messaging. One thing I didn’t like about HTC soft keyboard is you cant type too fast, not like iPhone. If you use android you will realize this. Anyway nice post as always.
blckberry storm 2 ke??
mana lebih baiik full touchscreen ke atau QWETY untuk blogger???
kat mana nak beli USB blackberry eh? jenuh aku carik tak jumpa2 la..
aku lebih suka BB berbanding HTC . bg aku henpon BB/HTC nie macam model ‘season’ jer tak macam model dari Nokia/Sony – Model berterusan kira macam motor honda EX5 . tak tenggelam zaman gitu ahaha
kat mana nak beli USB cable untuk blackberry eh?? jenuh carik tak jumpa
(salah masukkan blog url plak pada komen tadi)
Betul ke bateri BB ni cepat panas
HTC the best…using HTC Touch 2 je
aku berkenan HTC. tapi bajet takde.