05Jun

Safari 5 Bakal Di Lepaskan Minggu Depan?

Apple, Perisian

Ianya sudah sekian lama sejak Apple mengeluarkan kemaskini baru untuk pelayar web mereka, iaitu Safari. Kini, beberapa ura-ura mengatakan yang mana Apple akan memperkenalkan pelayar web mereka versi terbaru, Safari 5 pada acara tahunan mereka, WWDC pada hari Isnin kelak.

Safari 4
Safari 4

Safari 5 kelak akan membawakan pelbagai fungsi baru, terutamanya Safari Reader, dimana ianya membolehkan para pengguna membaca dan melihat sesuatu laman web dengan sebuah antaramuka yang serba mudah dan dalam bentuk teks. Selain daripada itu, Safari 5 juga membaca dan memperlihatkan JavaScript 25% lebih pantas daripada Safari 4, sekaligus menambahkan prestasi dan kelajuan pelayar web tersebut.

HTML5 turut tidak ketinggalan, dimana Safari menyokong fungsi geolokasi, kebolehan untuk melihat video HTML5 dalam bentuk paparan penuh skrin, fungsi drag-dan-drop, dan beberapa lagi fungsi HTML5 yang terkini. Pada masa yang sama, enjin carian Bing juga turut ditambah kepada pilihan sedia ada, iaitu Google dan Yahoo!.


Opera Freedom : Dunia Web Bakal Di Bina Kembali
Pra-Lihat Internet Explorer 9 Minggu Hadapan
Adobe Flash 11 Dan AIR 3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober
Perisian Antivirus Dan Keselamatan - Avast! 7 Sedia Dimuat-Turun
Android-x86 RC Versi Android 4.0 Sedia Untuk Diuji Pada Netbook Anda

3 Komen

  1. Xun Exnano pada 06 Jun 2010

    hmm. i’m waiting here. hehe.

  2. Taufik Dato Mansor pada 06 Jun 2010

    aku jarang sekarang ni guna safari… hehe


Trackbacks/Pingbacks

  1. Safari 5 Dilepaskan- syafiq.net

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader