29Jun

SK Telecom Memiliki 25.8% Saham P1 Untuk USD$100 Juta

Telekomunikasi

Selain daripada pelancaran laptop dan netbook dengan WiMAX, P1 juga hari ini menandatangani perjanjian bersama dengan penyedia telekomunikasi terkemuka di Korea Selatan, dimana melaluinya, SK Telecom memiliki 25.8% saham P1 WiMAX pada harga USD$100 juta.


Majlis Tandatangan Antara SK Telecom dan Packet One [via]

Sebelum ini sudah kedengaran ura-ura berkaitan dengan perkara ini, dan kini, dengan menandatangani perjanjian, ianya menjadikan SK Telecom sebagai pemegang saham kedua terbesar di Packet One, sekaligus memberikan SK Telecom dua kerusi daripada tujuh kerusi pengarah di Packet One.


Michael Lai Menandatangani Perjanjian Bersama SK Telecom [via]

Melalui dana baru yang disuntik itu, P1 akan cuba mendapatkan lebih sejuta pengguna dan kawasan liputan lebih 65% menjelang tahun 2012. Pada hari yang sama juga, P1 memperkenalkan lebih 6 laptop, daripada Acer, Asus, Dell, Lenovo dan Toshiba yang mana didatangkan bersama-sama dengan chip Intel Centrino Advance-N WiMAX 6250.


Tiga Pemegang Lesen WiMax Di Saman SKMM
Telefon Pintar Android Daripada Yes Bakal Diperkenalkan
Maxis Dan HTC Mengumumkan Kerjasama Strategik
DiGi Melancarkan Perkhidmatan Rangkaian 3G Di Labuan
Celcom Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Torch 9860

3 Komen

  1. safar pada 01 Jul 2010

    banyak tu $$$$$$$$$$$

  2. mijie pada 05 Jul 2010

    diharapkan dengan pelaburan yg besar akan memeriahkan lagi dan meningkatkan kualiti servis internet di malaysia yg nazak skrg ni

  3. mancai pada 05 Jul 2010

    peh… juta2 tu…


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader