25Jun

Tiga Soalan Bersama Packet One

Telekomunikasi

Seperti sedia maklum, P1 mempunyai pelbagai projek dalaman mereka yang tersendiri, yang mana tidak diketahui oleh ramai orang diluar sana, sama seperti beberapa syarikat komputer yang lain, termasuk MIMOS dan sebagainya. Menariknya, adalah dimana P1 akan secara rasminya memperkenalkan pakej dan laptop WiMAX mereka pada 29 Jun kelak.

Adakah P1 akan memperkenalkan telefon 4G?
P1 tidak menjawab TIDAK. Namun begitu, menurut P1, buat masa ini, mereka masih lagi belum bersedia sepenuhnya. Seperti para pengguna sedia maklum, P1 dalam proses mengukuhkan servis mereka, selain memperkenalkannya di banyak lagi kawasan, selain mengurangkan jurang perbezaan digital antara para pengguna bandar dan juga luar bandar, melalui pelbagai projek, termasuk projek bersama Felda dan sebagainya.

TM telah memperkenalkan IPTV, dan Maxis akan memperkenalkannya. Bilakah P1 akan memperkenalkan IPTV tersendiri?
Buat masa ini, P1 memang sudah mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk memperkenalkan servis IPTV tersendiri. Namun begitu, P1 berkembang secara berfasa, selain masih lagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap margin keuntungan mereka yang tidak sekukuh Maxis dan yang lain. P1 tidak menjawab akan memperkenalkan IPTV mereka ataupun tidak.

Apakah terjadi dengan projek laptop WiMAX daripada P1 sendiri
Projek laptop jenama P1 tersendiri dihentikan, kerana P1 ingin menumpukan kepada pembangunan servis mereka terlebih dahulu, dan ingin mengukuhkan kedudukan mereka. Selain daripada itu, memandangkan terdapat banyak pengeluar sudah pun mengeluarkan laptop dan netbook dengan sokongan WiMAX, P1 mengambil langkah untuk bekerjasama bersama mereka dalam memperkenalkan laptop WiMAX.

Buat masa ini, P1 mempunyai pelbagai projek dan kajian yang dilakukan secara dalaman yang tidak diketengahkan kepada sebarang pihak. Selain daripada itu, P1 bakal memperkenalkan sesuatu yang amat istimewa pada 29 Jun kelak, selain memperkenalkan pertandingan khas, dimana menawarkan hadiah sehingga RM2,599.


P1 Memperkenalkan Netbook WiMAX
P1 Wiggy Kini Menyokong Mac OS
YTL dan Intel Malaysia Mengumumkan Kerjasama
Maxis Membangunkan Rangkaian 100G
Nokia Mengintegrasikan Peranti Mereka Pada Kereta Melalui Nokia Car Mode

12 Komen

  1. Alon pada 25 Jun 2010

    gilo mahai

  2. Piratz pada 25 Jun 2010

    bila la p1 nak pasang wimax kat felda aku… senang aku bile balik leh online…

  3. xflixz pada 25 Jun 2010

    aku respek lah ngan cara p1 ni grow up thier company.dari segala aspek..walaupun baru setahun jagung tapi aku yakin 10 tahun lagi p1 akan berjaya..

  4. Syafiq Zainal pada 25 Jun 2010

    good p1^^

  5. Khai pada 25 Jun 2010

    P1, sila kembangkan lagi coverage anda untuk 1 malaysia.. kat KL rasanya no problem lagi kot esp kat bangsar.. sayang p1 lebeh lah kan.. hehehe..

  6. Mr Loo Loo pada 25 Jun 2010

    CEO P1 ni dulu staf TM…hehe..just nk bgtahu

  7. Shahrulsite pada 25 Jun 2010

    Good marketing strategy from P1

  8. Saya pengguna P1, teknologi wimax nie mampu berkembang lg kat mesia nie sebab baru ada satu kampenin yg betul2 utilise teknologi wimax. So, saya berharap P1 terus maju.

  9. Nasrul Hanis pada 26 Jun 2010

    harapnya lebih maju dan memudahkan pengguna. chaiyo2!

  10. imran pada 26 Jun 2010

    Servis P1 masih belum mantap dan perlu diperbaiki. Buat itu dulu sebelum perkenalkan pakej lain. Pengguna menilai pakej sedia ada sebelum membeli pakej baru :D

  11. Syafrizal pada 26 Jun 2010

    P1 ni ok la.. tapi masih kedengaran rungutan pengguna tentang kualitinya.


Tinggalkan Komen Anda