11Jul

Adobe Flash 11 Akan Menyokong Penuh 3D

Perisian, Web 2.0

Walaupun Flash daripada Adobe menghadapi pelbagai cabaran sejak HTML5 diperkenalkan, Adobe masih terus membangunkan Flash dengan memperkenalkan pelbagai perkara baru padanya. Kini, Adobe Flash 11 dikatakan akan memperkenalkan enjin untuk membangunkan 3D secara keseluruhannya.

Selain daripada HTML5 yang meningkat naik popularitinya, para pembangun pelayar web juga memberikan perhatian serius kepada sokongan WebGL dan juga O3D, dan melalui Flash 11 kelak, Adobe ingin mengambil peluang daripadanya dengan menyokong kepada grafik 3D.

Buat masa ini, info berkaitan dengannya masih lagi kurang, dan dijangka banyak lagi info berkenaan dengannya akan diketahui pada Adobe MAX 2010 yang dijadualkan pada bulan Oktober kelak.

Buat masa ini, banyak pembangun permainan dalam pelayar web, seperti Zynga dan sebagainya masih mengambil berat mengenai Flash, dan mungkin dengan pengenalan fungsi 3D, mungkin lebih banyak permainan menarik akan boleh dilihat pada tahun hadapan kelak.


Laman Negaraku Di Landa Spam
Chromium 9 Dilepaskan - Chrome 9 Akan Datang
Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Halaman Profail
Kini, Pengguna Boleh Memuat-Naik Gambar Ke StyleKandi Melalui Twitter
Pendaftaran Faces.my Beta Dibuka - Dapatkan Akaun Profil Anda Sekarang

3 Komen

  1. mohdisa pada 11 Jul 2010

    fuh, peningkatan teknologi yang amat tinggi.

  2. Cik Nass pada 12 Jul 2010

    aku kena beli laptop baru la.:( semakin byk teknologi canggih yg tak dpt laptop tua aku ni terima dah. :(

  3. mancai pada 13 Jul 2010

    waduh… adobe flash sekarang ni ader masalah sikit dengan browser mozilla… tak boleh bukak banyak2 pasti down…


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader