08Jul

Google Memperkenalkan Blogger Stats Pada Blogger

Google

Walaupun mempunyai aplikasi web statistik tersendiri, Google Analytics, kini Google melangkah ke hadapan lagi dengan memperkenalkan aplikasi statistik terbina pada Blogger yang memperlihatkan statistik masa-nyata.


Lihat Statistik Blog Secara Terus Dari Dashboard Blogger

Dengan kehadiran banyak laman sosial yang membawakan fungsi masa-nyata, kini Blogger turut membolehkan para penggunanya mendapatkan data statistik pada masa-nyata, dimana anda boleh melihat perkembangan statistik pengguna sebaik sahaja mereka berkongsi pautan blog mereka di sebarang laman sosial, termasuk Twitter dan Facebook.

Ini juga sekaligus memberikan kemudahan untuk para pengguna Blogger mengikuti perkembangan blog mereka dengan lebih mudah lagi, tanpa perlu memasang sebarang kod dan sebagainya pada blog mereka. Untuk mengujinya, anda hanya perlu log masuk ke Blogger in Draft, dan boleh mengaksesnya melalui tab Stats.


Google Melancarkan Google Apps Labs
Google Chrome 9 Mencapai Tahap Stabil
Google Gears Akan Ditamatkan
Google Earth Kini Dioptimasikan Untuk Android
Google Melancarkan Halaman Untuk Perniagaan Dan Jenama - Google+ Pages

6 Komen

  1. mancai pada 08 Jul 2010

    blogger pun tak nak ketinggalan…

  2. wazy pada 08 Jul 2010

    lepas ni senang la nak check stats di blogspot

  3. Wan Perlis pada 09 Jul 2010

    pergh
    ni la yang di tunggu
    boleh la remove hitstats

  4. vangardx pada 09 Jul 2010

    hm..semua nak buat stats..nanti tak hang ke?

  5. Farid Zenon pada 10 Jul 2010

    Apasa la lama sangat proses nak implankan analytic ni, yang aku pertikaikan teknologi dah ada kot…

    @vangardx – tak “hang” aku rasa, sebab ini kat app ni kat backend
    @Wan – aku sarankan guna “google analytic” hitstats blog personal sahaja guna.

  6. Taufik Dato Mansor pada 10 Jul 2010

    blogspot ade kelemahan dan kebaikannya… :D


Tinggalkan Komen Anda