21Jul

DiGi Mula Mengumpul Permintaan Untuk iPhone 4

Apple, Gajet

Seperti sedia maklum, Maxis dan DiGi dikatakan bakal menawarkan iPhone 4 untuk para pengguna Malaysia. Namun begitu, menariknya, kini DiGi membolehkan para pengguna untuk mendaftarkan minat mereka untuk memiliki iPhone 4 daripada DiGi.

Buat masa ini, masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengan harga dan pakej yang bakal ditawarkan oleh DiGi untuk iPhone 4. Melalui halaman khas pada DiGi, kini mereka mula mengumpulkan emel, dimana mereka terlebih dahulu ingin melihat minat para pengguna Malaysia terhadap iPhone 4.

Pada masa yang sama, di halaman tersebut, DiGi turut memberitahu yang mana para pelanggan iDiGi bakal mendapat sesuatu yang istimewa.

Melalui iPhone 4, Apple menawarkan pelbagai fungsi baru yang menarik, termasuk resolusi skrin sehingga 960 x 640, kebolehan membuat panggilan video melalui FaceTime, kamera 5-megapixel, kebolehan rakaman video HD dan mengguna-pakai processor yang dibangunkan oleh Apple sendiri, iaitu A4.

Namun begitu, salah satu masalah yang dihadapi oleh iPhone 4 adalah dimana ianya dikatakan kehilangan liputan apabila dipegang dibahagian bawah. Mungkin DiGi dapat mengatasi masalah ini dengan menawarkan suatu case yang berwarna kuning.


iPad 2 Bersaiz Lebih Kecil Daripada Yang Pertama?
RIM Memperlihatkan Prestasi Pelayar Web PlayBook
Apple Tidak Membangunkan iPhone Bersaiz Kecil Buat Masa Ini
Nokia N9 Akan Mula Dijual Bermula Oktober - Harga Bermula RM1799 Untuk 16GB
Kini, Anda Boleh Menggunakan Siri Pada iPhone 4

4 Komen

  1. ery farieha pada 21 Jul 2010

    mesti ramai nak laa
    sebab iphone 4 much more better than 3gs
    ;)

  2. finalcross pada 21 Jul 2010

    Maxis pun cpt2 kumpul emel customer gak. masing2 berlumba…Business marketing. hohoho

  3. Ali ridha pada 22 Jul 2010

    Harga iphone4 ni mahal hoi.klu aku
    harga rm1200 mmg sngt2 aku nak ambek.hehehe………

  4. mancai pada 29 Jul 2010

    bisnes is bisnes…


Tinggalkan Komen Anda