Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain memiliki Friendster, kini MOL melangkah setapak ke hadapan lagi dengan menjalin kerjasama bersama laman sosial paling popular didunia, iaitu Facebook, dimana melaluinya kedua-dua pihak akan menawarkan Facebook Credits kepada umum.

Melalui kerjasama ini, ianya bakal membolehkan para pengguna Facebook di Asia untuk membeli peralatan maya untuk digunakan pada permainan dan aplikasi di Facebook, MOL kelak akan menjadi salah satu penyedia platform pembayaran untuk Facebook Credits, dimana lebih 500,000 kedai di seluruh Asia menawarkan para pengguna untuk membeli kredit MOL.
Selain kerjasama bersama Facebook, MOL juga merupakan pemilik untuk Friendster, dimana kini mereka dalam perangkaan untuk memperkenalkan beberapa fungsi baru pada Friendster, selain dalam perancangan untuk mengubah Friendster menjadi sebuah hab sosial untuk permainan dan membeli-belah.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah semakin bertapak MOL.. friendster aku pun dah lama tak bukak… ntah ada lagi ke tidak dah
wah, MOL betul2 serius ni. ini yang kita mahu.
friendster hampir pupus
ye..frenster perlukan pembawaan yg baru
Zaman “friendster” dah berlalu nampaknya, hihi =P
haha…… belum lagi la… fs masih di hati aku….
wuuuu.. MOL semakin meluaskan pengaruhnya… tahniah….
habis la duit-duit facebook addict. kopak la poket mereka bila dah mudah belanja nak beli barang2 dalam game tu. sian kan.. ampa x kesian ka?
aman, komen aku sebelum ni masuk spam. ko tak tgk ke? smpi hati.
makin maju la MOL ni.. bagus2.. tapi yg kesiannya bila ada yg habiskan duit dengan credits2 ni.
MOL semakin maju nampaknya.. dah ada friendster loni, la ni bkerjasam dgn facebook..
Berita Harian
hari tu friendster, skrg facebook plak. maju mol ni.
Lama dah x bukak frenster, apakah perubahan terbaru yek…
Mungkin akan datang ada laman sosial popular akan dapat menyaingi facebook..mane la kia tahu kan..