Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan sebagai laman yang paling dikunjungi oleh para pengguna, kini Facebook memperkenalkan Facebook Questions, membolehkan para pengguna bertanya soalan dan mendapatkan jawapannya daripada rakan-rakan mereka dengan lebih mudah.

Facebook Questions membawakan konsep yang serupa seperti mana pada Yahoo! Answers dan servis yang seumpama dengannya. Menariknya, Facebook membawakan beberapa cara untuk bertanyakan soalan, iaitu samaada melalui persoalan bergambar, undian, tagging, dan pelbagai cara lagi. Facebook Questions dijangka bakal menjadi salah satu produk yang berjaya dengan pengguna yang seramai 500 juta yang bakal berkongsi pengetahuan mereka melalui platform tersebut, sekaligus mungkin akan memberikan saingan hebat kepada servis seperti Yahoo! Answers dan sebagainya.

Contoh Soalan dan Jawapan Pada Facebook
Facebook Questions telah pun mula diuji oleh Facebook sejak dua bulan yang lalu, dimana hari ini, mereka telah pun mengeluarkan fungsi tersebut daripada peringkat beta, dan memberi peluang kepada semua pengguna untuk mengujinya. Ianya kini diperkenalkan secara berperingkat, dan akan boleh diakses oleh kesemua pengguna dalam beberapa hari lagi.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kreatif btul org facebook
fuyo.. macam menarik..
macam nak tiru formspring ke?
tiru quora?
wahh. da mcm2.. patot la ramai org susah nk lekang dr fb.
respek r dgn org fb ni..mesia bile ag?
betul sangat kreatif harap suatu hari nanti malaysia mampu memliki seorang yang dapat menandingi Facebook
hahaha
ye la patut sekarang orng susah dah nak lekang
sebab ada mcm2 kelebihan dah dalam fb ni..
makin pening la aku pasni..
Bertambah pening lagi la org ramai sbb nak jawab soalan.
menarik ni, dah macam formspring la plak. hehe
Ada Funtion ke??
macam x de je..
satu lagi fungsi menarik ni… harap2 lepas ni ada fungsi reply komen di bawah setiap pengomen
setuju!
semakin lama.. semakin hensem la facebook ni.
aku lbh selesa guna Yahoo! Answers.
http://myfriends2u.com/question/