13Jul

Standard Chartered Memperkenalkan Permainan Treeville

e-Permainan, Web 2.0

Arena permainan sosial kian meningkat naik popularitinya, apabila kini ramai yang membangunkan permainan dan mendidik para pengguna melaluinya. Terkini, Standard Chartered Malaysia menekankan kepentingan alam semulajadi melalui permainan di Facebook.


Halaman Utama Treeville

Permainan yang diberikan nama Treeville ini selain daripada menawarkan salah satu permainan yang menarik, ianya juga memberikan kesedaran dan kepentingan alam semulajadi kepada sesebuah negara.


Tahap Pertama Pada Treeville

Sama seperti permainan dengan judul yang seakan sama yang lain, melalui Treeville, para pengguna boleh menanam pokok dan menjaganya dari masa ke semasa, selain mengintegrasikan fungsi sosial, membolehkan rakan-rakan anda turut serta dalam penanaman dan penjagaan pokok.


Tahap Penamat Pada Treeville

Para pengguna Facebook kini boleh memainkan permainan Treeville ini, selain menyokong usaha Standard Chartered dalam memupuk kesedaran mengenai kepentingan fauna kepada umum.


Yoonic.tv - Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer
Eksklusif : TM Bakal Memperkenalkan Google Maps Untuk Perniagaan
Pengguna Malaysia Pengguna Rangkaian Sosial Ketiga Teraktif Di Dunia
FookCover Menawarkan Pilihan Gambar Menarik Untuk Facebook Timeline
Facebook Mula Mempromosikan Facebook Timeline Pada Halaman Log Masuk Dan Pendaftaran

3 Komen

  1. Piratz pada 13 Jul 2010

    Nak test main la…

  2. buzyline pada 14 Jul 2010

    mcm farmville pun ada gak..

  3. fred pada 15 Jul 2010

    agak best la..dah try :)


Tinggalkan Komen Anda