26Jul

Firefox 4 Bakal Membawakan Tab Candy

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah kini kesemua pelayar web menyokong fungsi tab, kini Firefox merevolusikannya dengan memperkenalkan konsep baru dalam pelayaran dunia pelayar ber-tab. Fungsi baru yang dikenali sebagai Tab Candy ini boleh didapati pada versi pembangunan terbaru Firefox, dan dijangka akan diperkenalkan pada Firefox 4 kelak.

Melalui fungsi Tab Candy, para pengguna boleh mengkategorikan kesemua tab mereka dalam suatu kategori yang sama, untuk memudahkan pelayaran web anda. Selain daripada itu, anda juga boleh melabelkan tab yang dibuka oleh anda kedalam suatu kumpulan yang sama dengan mudah. Dalam video yang diperlihatkan, kesemua web berkaitan dengan kamera dikategorikan kedalam suatu kumpulan , sekaligus memudahkan anda membuat pelayaran web.

Ini semestinya salah satu perkara yang amat berguna kepada para pelayar web, terutamanya yang gemar membuka banyak tab pada sesuatu masa. Dengan adanya Tab Candy ini, para pengguna mempunyai lebih kawalan kepada pelayar web mereka, sekaligus memudahkan proses mereka melayari laman web.

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan ianya dijangka akan diintegrasikan sepenuhnya pada Firefox 4 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi. Bagi para pengguna yang ingin mencubanya terlebih dahulu, anda boleh mendapatkan versi alpha Firefox 4, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum yang lain.


Opera 10 Bakal Di Lepaskan Tidak Lama Lagi
Pembangunan Firefox 3.7 Di Gugurkan
Hardware Acceleration Pada Chrome 9.0 Kelak
KOffice 2.3.0 Di Lancarkan
Halaman Khas Yes Life Dan Aplikasi Yes Life Untuk iOS Dilancarkan

6 Komen

  1. kyo_9 pada 26 Jul 2010

    serius mantap!

  2. hasbullah pada 26 Jul 2010

    harap2 x kuat mkn ram

  3. onizuka pada 27 Jul 2010

    Kalau firefox buat feature mcm nie jawabnya kita akan abiskan masa dengan browsing sahaja lepas nie huhuhuh

  4. Ali ridha pada 27 Jul 2010

    aku blom download lagi firefox 4.

  5. naimz pada 27 Jul 2010

    Satu lg pembaharuan yg diperkenalkan utk versi firefox 4 official nanti…can’t wait

  6. mancai pada 29 Jul 2010

    cool… mozilla sentiasa di gemari walaupun chrome adalah pencabar terdekat


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader