19Jul

FourSquare Dalam Perbincangan Bersama Gergasi Carian

Web 2.0

Dengan meningkatkanya populariti FourSquare dari hari ke hari, kini ianya dikatakan yang mana FourSquare sedang dalam proses perbincangan bersama enjin carian terkemuka, termasuk, Google, Microsoft dan Yahoo! dalam mengintegrasikan servis FourSquare kedalam keputusan carian.

Data-data yang terdapat pada FourSquare amat menarik sekali, dan ianya dikatakan, FourSquare kelak akan menggunakan data tersebut dalam menentukan lokasi-lokasi yang kian meningkat naik popularitinya, sama seperti topik popular yang terdapat pada Twitter.

Melaluinya para pengguna boleh membuat carian berkenaan dengan jenis lokasi dan kemanakah yang dituju oleh para pengguna pada sesuatu masa itu, seterusnya membolehkan para pengguna mengetahui kemanakah lokasi yang mereka boleh tuju sekiranya mereka kebosanan.

Buat masa ini, FourSquare terus meningkat popularitinya, dimana pengguna berdaftar padanya telah pun melangkaui angka satu juta, selain dapat mengumpulkan dana hampir $95 juta baru-baru ini.


Replies Di Twitter Kini Di Namakan Mentions
Fungsi Pautan Pada Status Facebook Kini Kembali
Digide Memperkenalkan Gumuu - Storan Maya
LivingSocial Menjana Lebih Wang Berbanding Groupon Di Malaysia
Bahasa Melayu Kini Menjadi Bahasa Ke-Lima Paling Popular Di Twitter

3 Komen

  1. Luth Textile pada 20 Jul 2010

    i like 4sq..

  2. RIS-IT pada 20 Jul 2010

    Four square? Tak begitu mengenali 4sq.
    Aku budak baru belajar.

  3. mancai pada 21 Jul 2010

    nak bukak engine caria sendiri la.. untung gila2 tu


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader