11Jul

Google Memberikan Perhatian Serius Kepada Permainan

Google

Selain daripada ingin memperkenalkan laman sosial tersendiri, dan juga platform permainan tersendiri, yang kini dipanggil sebagai Google Games, kini ianya juga diperkatakan yang mana Google telah melabur antara $100 hingga $200 juta pada pembangun permainan sosial, Zynga.

Ianya dikatakan pelaburan tersebut telah dilakukan Google lebih kurang pada bulan lepas, dan mereka akan mengumumkan kerjasama strategik tidak lama lagi. Menariknya, sebelum ini, kita turut terdengar akan berita mengenai pembangunan Google Games, dan berkemungkinan besar, dengan pelaburan pada Zynga ini, ianya memperlihatkan yang mana Zynga mungkin akan menjadi salah satu batu loncatan dalam pembangunan Google Games kelak.

Selain daripada itu, Zynga kini mempergunakan PayPal sebagai sistem pembayaran utama mereka, dan berkemungkinan besar, ianya diperkatakan, sistem pembayaran utama untuk Zynga mungkin diubah kepada Google Chekcout.

Namun begitu, ianya masih tiada sebarang berita rasmi daripada kedua-dua pihak berkaitan dengan berita ini. Mungkin kita perlu menunggu untuk sedikit masa lagi, dimana mungkin kedua-dua pihak akan mengumumkan sesuatu yang menarik untuk para pengguna seluruh dunia.

Sebelum ini, Zynga pernah memeterai perjanjian bersama-sama dengan Yahoo! untuk memperkenalkan permainan sosial pada platform Yahoo!, selain mana Google pernah mencuba untuk menceburi platform permainan melalui Google Lively, namun gagal dalam percubaan mereka itu,


Feed Dari Blog GMail di Laman Utama GMail
GMail Labs Memperkenalkan Multiple Inboxes
Nexus One Membawakan Android 2.1
Pelayar Web Chromium Dikemaskini Kepada Chromium 15
Google Mula Menguji Fungsi Komuniti Dan Cadangan Pada Google+

8 Komen

  1. suduxx pada 11 Jul 2010

    banyak gile.. 200juta utk games jeh

  2. mohdisa pada 11 Jul 2010

    wah, lepas ni layan game kat google plak la yerk. selamat tinggal yahoo games. hehe

  3. Nasrul Hanis pada 11 Jul 2010

    fuh.. game pulak.. memang Google betul2 nak expand empayar diorang ni.. huhu

  4. MASOKIS pada 12 Jul 2010

    Kalu release game bawah os linux..@ chromium mesti gempak

  5. aNaK MaLaYsIa pada 12 Jul 2010

    Tahniah buat google..kini yahoo sudah ada persaingan…

  6. Wan Perlis pada 12 Jul 2010

    sentiasa sentiasa maju

  7. kery pada 13 Jul 2010

    ermm..kry tak minat sgt benda game ney..tapi kry rasa bek games di facebokk sebab bley main multiplay dengan rakan facebook yg laen..

  8. mancai pada 13 Jul 2010

    lama betul tak layan game ni.. tapi memang banyak tu, main sampai pengsan nampak gayanya nie


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader