Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperlihatkan antaramuka yang baru untuk Google Images sebelum ini, kini sekali lagi Google memperkenalkan hasil carian imej yang diberikan nafas baru, yang mana ianya lebih kurang menyerupai rekabentuk hasil carian imej pada Bing.

Carian Imej Pada Google Kini Lebih Interaktif
Walaubagaimanapun, carian imej pada Google kini nampak lebih menarik, dimana thumbnail yang diperlihatkan bersaiz lebih besar daripada sebelumnya, disamping ianya memperlihatkan lebih banyak hasil carian berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh menggunakan kekunci pantas untuk mengawal laman tersebut dengan lebih pantas lagi.
Buat masa ini, fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat, dimana bukan semua pengguna boleh melihatnya lagi. Ianya dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa hari lagi kepada pengguna seluruh dunia.
5 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
semakin maju, semakin ke depan google ni
2 thumbs up untuk google. tapi interface yang makan bandwitdh macam ni akan menyebabkan aku lebih kuat memaki penyedia khidmat internet yang lembab di Malaysia ni..
google makin maju beb…..
baru perasan tadi.. hehehe