28Jul

Google Me Bakal Utamakan Permainan Sosial

Google

Ianya sedia maklum yang mana Google dalam perancangan untuk membina rangkaian sosial mereka yang tersendiri, dimana mereka baru-baru ini telah melabur pada pembangun permainan sosial, Zynga, selain digembar-gemburkan dengan Google Me.

Google Me dikatakan bakal bersaing dengan Facebook, dimana Google dikatakan akan menumpukan perhatian kepada permainan sosial sebagai perkara utama dalam pembangunan Google Me. Untuk menjayakannya, Google dikatakan telah pun dalam perbincangan bersama Zynga, Playdom, Playfish dan banyak lagi dalam membangunkan permainan mereka untuk platform Google.

Ianya dikatakan yang mana Google Me akan mengintegrasikan Google Profiles yang sedia ada, dan akan menawarkan sesuatu yang menyerupai Facebook, namun lebih mengutamakan kepada permainan sosial.

Sebelum ini, Google telah melabur lebih kurang $100 juta pada Zynga, iaitu salah satu penyedia permainan sosial terkemuka di internet. Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah yang Google Me akan dilancarkan kepada umum, dan masih lagi tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Google buat masa ini.


Google Menutup Fungsi Auto-Follow Pada Buzz
Google Memperkenalkan GMail Priority Inbox
Echofon Pada Mac Kini Menyokong Instagram
Android 2.3.3 Menumpukan Perhatian Pada Fungsi NFC
Instagram 2.0 Dilancarkan - Membawakan Pelbagai Pembaharuan

4 Komen

  1. TheNorbit pada 28 Jul 2010

    Salam ziarah…bleh linkkan blog saya ni di blog ni ? http://thenorbit.blogspot.com,ok tq n bye

  2. mancai pada 29 Jul 2010

    wow menarik tu… tapi aku tak minat lak ngan permainan zynga ni…

  3. hafidz pada 29 Jul 2010

    Pelaburan yang banyak dan berbaloi bagi google. Chayok~ :D

  4. mohdisa pada 30 Jul 2010

    habislah, lepas ni layan Google Me la plak main game. hehe


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader