21Jul

Maxis Turut Bersedia Untuk Melancarkan iPhone 4

Apple, Telekomunikasi

Selain daripada DiGi, Maxis turut sama mula melakukan kajian dan bancian berkenaan dengan permintaan para pengguna terhadap iPhone 4, dimana kini sebuah halaman khas untuk iPhone 4 telah pun sedia ada di web mereka.

Berbeza dengan DiGi yang hanya mengumpulkan emel para pengguna, Maxis mengorak selangkah kehadapan dengan mengumpul mengenai tujuan penggunaan para pengguna, samaada untuk urusan peribadi ataupun untuk tujuan perniagaan, selain mengambil tahu terhadap model iPhone 4 yang diminati oleh para pengguna.

Sama seperti DiGi, Maxis juga masih belum lagi memperkenalkan harga dan pakej untuk iPhone 4, selain daripada mesej yang mana ianya akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi yang tertulis pada halaman pertanyaan iPhone 4 Maxis.

Pada masa yang sama, melalui halaman FAQ juga, ianya dikatakan yang mana buat masa ini, masih tiada rancangan untuk pra-daftar untuk iPhone 4. Namun begitu, ianya mungkin berubah mengikut keadaan.

Seperti sedia maklum, Maxis telah pun memperkenalkan mikro-SIM sebelum ini, dimana ianya dikatakan yang mana para pengguna yang membeli iPhone 4 bersama Maxis akan diberikan penukaran kad SIM kepada mikro-SIM kelak.


Celcom Promosi Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian
Safari 5 Membawakan Safari Reader dan Extension
5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis
P1 Menerangkan Perbezaan Rangkaian Mereka Dulu Dan Kini
Jailbreak iOS 5.0.1 Tanpa Tambatan Kini Sedia - Sokongan Untuk A5 Akan Datang

8 Komen

  1. kyo_9 pada 21 Jul 2010

    ape beza SIM biasa ngan mikro-SIM bro?

  2. zik pada 22 Jul 2010

    wah..best2… maxis pun dah mula nak integrated ngan iphone 4 nie..

  3. acad pada 22 Jul 2010

    micro sim kecik skit dari sim biasa.kalo xnak tuka sim pn xpe.ble potong sndiri

  4. mohdisa pada 22 Jul 2010

    wah, bilalah aku mampu memiliki iPhone ni. asyik pakai iPod jerk. hehe

    • Anjang pada 14 Aug 2010

      iPod kan boleh beli Apple Peel 520..

  5. Ali ridha pada 23 Jul 2010

    dapat sebiji iphone4 pun dah jadi.untuk aku sorang……………

  6. mancai pada 29 Jul 2010

    masalah iphone 4 ni dah selesai ke belum erk? masalah line tetiba drop sampai zero tu

  7. Iskandar pada 02 Aug 2010

    Lepas aku baca artikel pasal pekerja2 kilang Apple kat Cina ramai2 pakat bunuh diri, aku dah tawar hati nak beli barang Apple.

    HTC Desire is the way to go yeah!


Tinggalkan Komen Anda