Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada Chrome yang sering mengeluarkan kemaskini pelayar web dengan pantas, kini Opera turut mengikut jejak mereka, dimana hari ini, Opera Software telah melancarkan versi terbaru pelayar web mereka, Opera 10.60.

Fungsi Tab Preview Pada Opera 10.6
Kini, Opera 10.60 boleh dimuat-turun oleh pengguna Windows, Mac OS X, dan juga Linux, dimana ianya dikatakan Opera 10.60 membawakan prestasi dengan kepantasan lebih 50% berbanding dengan Opera 10.50 yang dilepaskan pada awal tahun ini.
Pada masa yang sama, Opera 10.60 turut membawakan pelbagai fungsi baru daripada evolusi HTML5, serta sokongan kepada VP8 dan WebM yang diperkenalkan oleh Google baru-baru ini. Selain daripada itu, Opera 10.60 juga membawakan sokongan gelokasi, membolehkan pelayar web mengenali kedudukan seseorang pengguna itu, apabila pengguna menetapkan untuk berkongsi data sedemikian.
Selain daripada Opera Turbo, Opera 10.60 juga kini membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi berasaskan web secara luar talian, sekaligus membawakan suatu tahap baru dalam dunia perkomputeran awan.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ntah nape tak minat lgsg ngan opera ni. Firefox ttp di hati. ;p
kalau compare dengan Chrome, mana satu yang lebih bagus, ringan dan laju?
shtft+klik
kenapa la pelik sngat. opera mini je yg berguna kpd aku
opera x best.. gambar jadi buruk nape ek??
dah terbiasa dgn firefox sebab tu susah nak tukar
cambest je..
firefox pun asik crash je.. sakit ati aku..
Opera best! Developer dia lagi pantas bekerja daripada Firefox! hehe
nampaknya telah tiba masa untuk aku beralih menggunakan opera!
chrome lagi best siot…. gyahahaha
maybe,for now,CHROME is better… blogs.fanbox.com/akasiaholiday
hoho..
opera best..
wow..mmg pantas..! ahaha
sape2 yg x try gi try..
hatiku kembali disentap oleh Opera yang begitu seksi & mengghairahkan…
cam best jerk…tak salah kalau mencuba.
aku lebih suka guna opera kat linux… kepantasannya terserlah… windows aku guna firefox jek… almaklum windows ni dengan kelembapan dia
wahh, baru je kuar wdow 7 dh kuar lak yg baru..huhu
Saya memang suka dng Opera dari dulu lagi, memang best dan laju…..
puji lah opera bnyk2.bukan dia nak belanja kite
makan percuma pun.