27Jul

Facebook Menguji Cara Mudah Untuk Memadam Akaun

Web 2.0

Facebook sering dikaitkan dengan privasi, dan kesukaran untuk memadam akaun padanya. Menariknya, kini mereka sedang menguji pilihan untuk memadam akaun dengan mudah terus, tanpa perlu lagi melalui proses menyah-aktifkan akaun dan sebagainya.


Pilihan Memadam Akaun Pada Facebook Yang Terdapat Sekarang

Sebelum ini, para pengguna perlu menyah-aktifkan akaun mereka, dan selepas beberapa hari dinyah-aktifkan, akaun tersebut akan dipadam. Perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan sebagainya.

Kini, Facebook memperkenalkan salah satu fungsi baru dalam memadam akun padanya, dimana sebaik sahaja anda memilih untuk memadam akaun anda, segala info dan data anda akan terus dipadam untuk selama-lamanya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ada terbaca ruangan T&C Facebook, semestinya anda ketahui dimana Facebook berhak menggunakan segala informasi yang pernah anda masukkan dalam lamannya.

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam peringkat ujian, dan belum semua pengguna boleh melihatnya, dan ianya dijangka akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.


Facebook Bakal Memperkenalkan Emel Tersendiri?
MilkADeal Menyertai Industri Tawaran Harian
Facebook Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Muzik Bersama-sama Spotify
Infografik : Perkara Menarik Mengenai Facebook Yang Tidak Diketahui Ramai
Aplikasi TableFourUs Akan Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Symbian Dan MeeGo?

11 Komen

  1. ejam pada 27 Jul 2010

    ada udang sebalik mee rupanya yer…
    jgn igt dgn cara delete akaun akan selamat kan, rupanya tidak…

    • pavella pada 14 May 2012

      kenapa pulak da udang d sebalik batu n tak selamat ?

  2. hafidz pada 27 Jul 2010

    facebook yang suka kan kontroversi~

  3. suduxx pada 27 Jul 2010

    salah satu cara nk collect info user.

  4. muhdzahari pada 27 Jul 2010

    takkan dengan mudah je Facebook nak let go orang yang nak delete account. pelik.

  5. mohdisa pada 27 Jul 2010

    waktu untuk delete akaun…erk

  6. RIS-FAMILI pada 27 Jul 2010

    Sebelum ni aku ada dua akaun tapi sekarang ni dah delete satu.
    Tengah fikir2 gak samada nak delete yg satu ni sbb banyak info bgtau diorg collect info kita ni.
    setakat ni, aku hanya masukkan yg general2 je, gambar dan maklumat diri memang aku tak masukkan. gambar profile pun aku guna gambar aku yang telah diedit.
    Lagi satu, kalau ada yg tag aku, memang aku buang tag tu.
    Namun aku tau sedikit sebayak diorg dapat gak info kita berdasarkan no IP dan lain2 cara yg pakar saja tau.

  7. Taufik Dato Mansor pada 28 Jul 2010

    yahudi dh tahu maklumat peribadi org islam la kalu macam ni… maklumat no.telefon, alamat, e-mel, pic, tunang, awek kita pun facebook tahu… gyahahahaha

  8. Ali ridha pada 28 Jul 2010

    mana ade le.facebook ni klu dpt
    banyak maklumat.lagi mereka suka.
    wlupun dah padam.mereka tetap simpan.

  9. mancai pada 29 Jul 2010

    antara kelemahan beronline… maklumat peribadi bukan rahsia lagi…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader