05Jul

TM Memperluaskan Kawasan Liputan UniFi

Telekomunikasi

Setelah memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada awal tahun tempoh hari, kini TM terus memperluaskan liputan kawasan UniFi kepada lebih 18 kawasan lagi disekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan juga Kedah.

TM kini dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi mereka, UniFi di lebih 48 kawasan menjelang akhir tahun ini. Menariknya, antara kawasan baru yang kini diliputi dengan UniFi adalah Bayan Baru, Senai, Permas, Kulim Hi-Tech Park, Wangsa Maju, Sungai Buloh, Puchong, Cybejaya, Putrajaya dan juga Damansara.

Ianya sekaligus menjadikan lebih 378,000 premis yang disokong sepenuhnya oleh UniFi. Menariknya, melalui data terkini, ianya dikatakan TM UniFi sudah mempunyai lebih 4,700 orang pengguna berdaftar buat masa ini.

Para pengguna UniFi juga akan dikehendaki mula membayar bagi servis internet berkelajuan tinggi ini mulai bulan ini. Sebelum ini, TM memperkenalkan pakej pengenalan, dimana para pengguna boleh mencuba servis HSBB daripada TM tanpa bayaran sehingga Jun.


HTC HD7 Di Lancarkan Di Malaysia
P1 Menawarkan Pembelian Kuota Penggunaan Tambahan
Facebook Raja Laman Sosial Di Malaysia - MalaysiaKini Mengungguli Kategori Media
UMobile Kini Menawarkan Perkhidmatan BIS Serendah RM25 Sebulan
Adakah Hanya Celcom Dan DiGi Sahaja Yang Akan Menawarkan Nokia N9?

19 Komen

  1. Taufik Dato Mansor pada 05 Jul 2010

    kat pantai timur?

  2. beliamuda pada 05 Jul 2010

    banner UniFi spotted di KHTP. Baru je petang tadi perasan akan kewujudan banner tu.

  3. Eizil pada 05 Jul 2010

    Perkembangan yang menarik, tapi kat rumah aku ni, mahu kena tunggu 3-4 tahun lagi kot baru nak ada…

  4. Luth Textile pada 05 Jul 2010

    kat seberang perai tak ada pon eh?

  5. mohdisa pada 06 Jul 2010

    taiping macam mana plak? nak jugak.

  6. abugit pada 06 Jul 2010

    Aku selaku pengguna Unifi nasihatkan korang jangan pasang Unifi dalam masa terdekat ni.
    Kalau korang dapat pasang awal hari tu mungkin best sebab belum start capping, tapi pasang sekarang serius tak best.
    Kontrak dah la 2 tahun, jadi fikirkan baik2.. Jgn jadi mcm aku, dah terkena.

    Bandwidth ni akan start dicap kepada 10% je dari speed asal dengarnya bulan ni (Julai).
    (dicap kepada 10%, bukan dicap sebanyak 10%, bayangkan betapa slownya nnt).

    IPTV pula banyak channel akan start kena bayar mulai 1 September termasuk la channel HD dia tu.

    Telefon free tu pulak, kalau rumah blackout, langsung tak boleh guna, sebab telefon tu kena guna BTU yg kena pasang suis.

    To conclude: Streamyx 4Mb sangat sangat lebih baik dari Unifi terutamanya dari segi harga dan bandwidth.

  7. hasbulah black metal pada 06 Jul 2010

    ye ke bro abugit…. x best lngsung… kuat tul tipu diaorg nih….

  8. safar pada 06 Jul 2010

    dekat Petaling Jaya dan Taiping xde ke.

  9. buzyline pada 07 Jul 2010

    rumah aku 4mb pun mybe x support..klau ada unifi bertuah la nak bleh guna..

  10. Bulan pada 08 Jul 2010

    Oiii…. bila nak pasang kat kelantan ni? Ingat orang kelantan takde duit ke? TM bongok, tempat manusia ada banyak duit tak nak pulak melabur kat sini. Pelabur asing pun tahu yang orang kelantan ni banyak duit sampaikan sesuatu pelaburan di pantai timur akan dibuat di kelantan dulu.

  11. eyra pada 12 Aug 2010

    mine is ok je, alhamdulillah. Takde pon apa2

  12. lim wei chuan pada 22 Sep 2010

    do you want to vote the unifi in your area

    go to

    tm unifi

  13. bizkut pada 15 Oct 2010

    jangan ingat rakyat kelantan miskin.Kerajaan negeri je yang takde duit, tapi rakyat dia kaya-raya.

  14. Ammar pada 12 Feb 2011

    Ipoh bila lagi?

  15. adic pada 25 Apr 2011

    org kelate kayo sajo-sajo,org kg kawe riuh royak nok masuk unifi,korok otok demo unifi streamyx 2.0mb pun takdok koya punyo org kg,nok unifi best dok damansara utama la haaa

  16. jbam pada 19 Sep 2011

    bengong natey nih…. ngato ore kg sendiri…. tak main dah 2.0 mbps lani…tunggu unifi. tu pun slow… pangkah lagi biru tuan-tuan….hahahaahhahaha


Tinggalkan Komen Anda