20Jul

Windows 7 SP1 Pada Suku Tahun Pertama 2011

Microsoft

Bagi para pengguna Windows 7, semestinya anda sudah ketahui yang mana Windows 7 SP1 Beta sudah pun boleh dimuat-turun dan diuji. Ianya kini diketahui yang mana Windows 7 SP1 secara rasminya akan dilepaskan Microsoft pada suku pertama tahun 2011.

Ianya dikatakan pembangunan sistem operasi daripada Microsoft ini berjalan dengan lancar dimana mereka sudah pun mendekati tarikh untuk versi RTM dan ianya dijangka yang mana Windows 7 SP1 dan juga Windows Server 2008 R2 SP1 akan dilepaskan melalui Microsoft Download Center secara muat-turun berasingan tidak lama lagi.

Namun begitu, ianya akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ianya secara rasminya menemui para pengguna melalui Windows Update ataupun yang dikenali sebagai Automattic Update.

Pada masa yang sama, beberapa informasi berkaitan dengan sistem operasi Windows 8 juga mula kelihatan di internet, yang mana Windows 8 dijangka akan menemui para pengguna seawal penghujung tahun hadapan ataupun pada tahun 2012.


Moonlight - Silverlight Untuk Platform Linux
Windows 7 dan Bing Terus Maju
Bing Akan Diintegrasikan Pada BlackBerry Selepas Ini
Office 365 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Kinect 2 Akan Membawakan Lebih Sokongan Pengecaman Untuk Pergerakan Wajah

3 Komen

  1. hafidz pada 20 Jul 2010

    Oh, ingatkan akhir tahun ni da bole release kan =)

  2. mancai pada 21 Jul 2010

    bagi pengguna mac dan linux hanya senyum je…

  3. etomyam pada 21 Jul 2010

    setakat ni cukup puas hati dgn win 7, tak tau win 8 camaner rupanya..cuma takut banyak guna memory je


Tinggalkan Komen Anda