Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin umum sudah sedia maklum yang mana Windows 8 akan menemui para pengguna pada tahun 2012. Menariknya, kini beberapa data memperlihatkan yang mana Windows 8 Beta mungkin akan dilepaskan seawal tahun 2011.
Sebelum ini, beberapa dokumen telah terlepas ke arena internet, memperlihatkan pelbagai fungsi baru yang dirancang untuk sistem operasi Microsoft generasi akan datang yang mana buat masa ini dikenali sebagai Windows 8.
Ianya kini dikatakan yang mana Windows 8 sudah pun berada dalam fasa pembangunan, dan versi Milestone 1 sudah pun diuji secara dalaman di Microsoft. Jikalau semuanya berjalan dengan lancar, Windows 8 Beta akan menemui para pengguna seawal pertengahan tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Microsoft berkenaan dengan sistem operasi generasi akan datang yang sedang dibangunkan mereka.
Antara fungsi baru pada Windows 8 yang sedia diketahui adalah seperti boot komputer dengan lebih pantas, butang reset yang membolehkan sistem operasi anda kembali seperti sedia kala, kebolehan pengenalan melalui identiti muka, pelayar web baru – Internet Explorer 9, sokongan Windows App Store dan banyak lagi.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Butang reset tu kalau ada memang memudahkan – sebab sekarang ni, aku nyer os memang dah serabut, tapi takder masa nak reformat.
cepatnya.. windows 7 pun tak habis explore lagi
secanggih manapun windows 8. Tapi virus tetap ada. Skrg baru Windows 7 SP1 beta. Tahun 2011 windows 8 beta pula. Maksudnya jangka hayat windows 7 adalah pendek.
yang pasti windows XP akan menerima nasib macam windows 98
yang pastinya, virus memang akan tetap ada kerana struktur win yang seolah-olah membenarkan virus. lagipun, sejauh mana anda crack sekalipun, microsoft tetap akan upgrade system supaya dapat detect cracked version tuh. Dan segala data yang ada dalam PC anda tetap akan dpt diketahui oleh microsoft kerana ada satu sistem dalam windows yang monitor segala proses yang anda lakukan
aku punye pkai cetak rompak ok je
Windows 7 baru keluar dah nak datang windows 8 lak.cepat dunia teknologi ni.
btw, salam perkenalan,budak bru wp ni.hehe, link exchange boleh? dah letak dh link blog ni kat sana
virus no hal la.. aku pakai deep freeze je… x perlu AV ni..gyahahaha
kalau leh lawan ubuntu hebat la
wah.. windows 8… harap dasar gov pun sesama pickup dengan latest technology.. jangan asyik semua benda nak kena based on windows xp jer
sejauh mn pun windows update n dpt detect..para hackers pun leh pg jgk.haha.xde maknenya windows ori..pirate ttp plihan ku..linux tlh menarik perhatian ku..real man don’t use anti virus..aku ske ayt ni..
Salam,wa mantoplah windows 7 belum cuba dah nak keluar windows 8 beta
.
nape awal gile drng kuar win 8? win 7 ada bug ke?