20Jul

Yahoo! Ingin Membeli Bit.ly

Yahoo!

Selepas diura-urakan untuk membeli FourSquare sebelum ini, kini ianya dikatakan yang mana Yahoo! dan beberapa gergasi internet yang lain dalam perbincangan untuk membeli dan memiliki servis peringkas URL yang paling popular di internet, Bit.ly.

Seperti sedia maklum, strategi utama Yahoo! untuk tahun ini adalah menumpukan sepenuh perhatian mereka ke dunia sosial. Sebelum ini, Yahoo! dikatakan gagal dalam memiliki servis FourSquare, sebaliknya berjaya mengambil-alih servis lokasi yang seumpamanya, yang dibangunkan di negara jiran, iaitu Koprol.

Dunia peringkas URL menjadi amat popular dengan kewujudan laman seperti Twitter, dan Bit.ly menerima kesan yang amat membangun daripadanya. Salah satu sebab mengapa Bit.ly menjadi minat kesemua pihak adalah disebabkan kebolehannya untuk ikuti perkembangan sesuatu URL yang dipendekkan dalam masa nyata.


My Yahoo! Dengan Rekabentuk Terbaru
Yahoo! Ingin Menjadi Laman Sosial Terbesar?
MyDeal Kini Bekerjsama Bersama Yahoo! Malaysia
Yahoo! Memperkenalkan Yahoo! WebPlayer
Nafas Baru Bakal Diberikan Pada Flickr - Antaramuka Baru Akan Diperkenalkan

8 Komen

  1. finalcross pada 20 Jul 2010

    Antara banyak2 peringkas URL yg ade…plg aku minat bit.ly. Yg lain agak kurg pd aku. lgpun byk dh upgrade sistem bit.ly. yoshhh

  2. hafidz pada 20 Jul 2010

    perghh, sumenya yahoo nak borong~

  3. Luth Textile pada 20 Jul 2010

    aa.. aku pun minat guna bit.ly jgk

  4. FirdausIbrahim pada 20 Jul 2010

    aku x fhm..ape kaitan peringkas web ngan fokus dunia sosial yahoo tu? em…

  5. Wan Perlis pada 20 Jul 2010

    yahoo terus yahooo
    yahoo bila nak jual flickr kepada saya hehe

  6. sazuwi pada 20 Jul 2010

    kira nak bersaing ngan goo.gl ar tue..

  7. mancai pada 21 Jul 2010

    wah yahoo macam nak pulun habis nie

  8. Ali ridha pada 21 Jul 2010

    seronok la Yahoo! lepas ni….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader