21Jul

Yahoo! Mulakan Ujian Bersama Dengan Microsoft

Microsoft, Yahoo!

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kini Yahoo! telah pun mula menguji hasil keputusan organik daripada Microsoft, dimana buat masa ini, lebih 25% daripada pengguna US akan dapat melihatnya apabila menggunakan enjin carian Yahoo!.


Bahagian Yang Di Tandakan Adalah Daripada Microsoft

Perubahan utama pada hasil keputusan adalah cuma dimana hasil keputusan diperlihatkan oleh Microsoft, sebaliknya, kandungan-kandungan yang diperkaya dibawakan oleh Yahoo!, dan susun aturnya masih kekal seperti ketika dulu lagi. Pada masa yang sama, iklan yang diperlihatkan disebelah kanan laman juga diperlihatkan secara terus oleh Microsoft, dimana Yahoo! berkongsi sebahagian pendapatan daripadanya.

Dalam masa beberapa bulan lagi, Yahoo! juga akan mula mengintegrasikan keputusan carian daripada Microsoft pada carian muda-alih (Mobile Search) dan juga pada hasil carian berbayar. Selain daripada itu, Yahoo! juga akan terus menginovasikan laman carian mereka, dimana akan mengutamakan pengalaman pengguna dalam melayari laman mereka. Yahoo! menjangkakan akan mula menggunakan platform Microsoft sepenuhnya di US menjelang Ogos ataupun September.


Bing Bakal Membawakan Carian Twitter dan Facebook
Yahoo! Membawakan Fungsi Carian Yang Menarik
Demo Windows Store Pada Sistem Operasi Windows 8 Diperlihatkan
Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam
Microsoft Mensasarkan Pengguna GMail Untuk Berpindah Ke Hotmail

3 Komen

  1. mancai pada 21 Jul 2010

    wah…boleh mendatangkan pengalaman yang memang hebat dan menarik, google mesti tak mahu nak mengalah

  2. Affan pada 21 Jul 2010

    Owh, yang aku tau yahoo nk beli bing, microsoft punya.
    sama lah kan dgn yg ni?

  3. Ali ridha pada 27 Jul 2010

    baru buat ujian pandu x laju.


Tinggalkan Komen Anda