31Jul

YouTube Kini Menyokong Video Sepanjang 15 Minit

Google

Setelah sekian lama dengan had masa untuk memuat–naik video sepanjang 10 minit, kini YouTube telah menaikkan sedikit had masa untuk video yang dimuat-naik, iaitu dimana sekarang para pengguna boleh memuat-naik video sepanjang 15 minit pada YouTube.

YouTube mengumumkan peningkatan had masa untuk video yang dimuat-naik memandangkan kini mereka telah pun berjaya mempunyai lebih kawalan kepada hak cipta, memandangkan mereka telah memeterai perjanjian bersama beberapa penyedia kandungan, mengelakkan para pengguna untuk memuat-naik video dengan hak cipta pihak lain.

Pada masa yang sama, YouTube juga melancarkan pertandingan “15 Minutes of Fame” yang mana memerlukan para pengguna tag video mereka dengan tag “YT15Minutes” dan bakal berlangsung sehingga 4 Ogos.

Sebelum ini, YouTube telah mengumumkan sokongan kepada video 4k, sekaligus membawakan pelbagai perkara baru kepada laman video yang diminati ramai itu.


Kini, Lebih 100,000 Aplikasi Di Android Market
Google Earth 6 Menambah Sokongan Street View
Pengeluar Peranti Android Menyokong Pengambil-Alihan Motorola Mobility Oleh Google
Google+ Kini Mempunyai Lebih Daripada 100 Juta Akaun Berdaftar
Chrome OS Menerima Perubahan Antaramuka - Memperkenalkan Pengurus Tetingkap Baru

12 Komen

  1. RIS-IT pada 31 Jul 2010

    10 minit atau 15 minit tak penting. Yang penting kelajuan internet sbb kalau tak lancar pun tak berbaloi.
    Mcmna pun bagusla sbb tak perlu download banyak fail kalau kapasiti dah ditingkatkan.

  2. menteil pada 31 Jul 2010

    hakcipta? hehe.. belum tentu..
    makin best la tengok movie kat youtube.. =)

  3. Eriyza pada 31 Jul 2010

    Caiyolah Yuotube. :)

  4. AyieBlog pada 01 Aug 2010

    Salam,wa info yang menarik nie :) .. hehehe

  5. DiaD pada 01 Aug 2010

    info ni, thanks :)

  6. mohdisa pada 01 Aug 2010

    memang best boleh upload video sampai 15 minit, tp yang tak bestnya untuk kita tontonlah…tenet laju 180km/j takpa gak. hehe

  7. Ali ridha pada 01 Aug 2010

    sayang Youtube.hehehehe………

  8. Taufik Dato Mansor pada 01 Aug 2010

    Oh! youtube …

  9. Anarm pada 02 Aug 2010

    aku nk layan video yg 5 minit pn asyik ngadap buffering je.. nk upload video 5 minit lagi la bapak lama berjam2 nk tunggu.. kami nak intenet laju!!

  10. hafidz pada 02 Aug 2010

    Yeah! Upgrade dari youtube! :D

  11. Wan pada 02 Aug 2010

    baru tau sebelum ni 10minit ja had limit
    ingatkan boleh lama

  12. Dakjaat pada 02 Aug 2010

    Good!! susah betul nak upload and kena cut setiap 10 minutes… :) thanks for the info


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader