Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan sokongan untuk video HD dengan resolusi sehingga 1080p pada tahun lepas, kini YouTube mengumumkan kepada sokongan resolusi video yang lebih tinggi iaitu sehingga 4096p sekaligus membawakan suatu deminsi baru kepada dunia video dalam talian.

Buat masa ini, kebanyakkan video berdefinisi tinggi, atau yang mana dikenali sebagai video HD datangnya dengan resolusi 1080p, selain kebanyakkan TV yang menyokong resolusi tersebut, serta disk Blu-Ray yang menyokong resolusi tersebut.
Boleh dikatakan masih kurangnya video beresolusi sehingga 4096 buat masa ini, selain untuk merakamkan video tersebut, para pengguna memerlukan kamera yang lebih berteknologi tinggi, dimana ianya masih belum dimiliki oleh kebanyakkan pengguna yang merakamkan video sebagai hobi buat masa ini.
Namun begitu, usaha YouTube ini adalah sesuatu yang menarik, dimana mereka kini menawarkan video dari resolusi 360p sehingga setinggi 4096p. Ianya sekaligus membawakan kepada suatu tahap yang baru, dan mungkin pada tahun 2011 kelak, kita boleh lihat meningkatkannya video dengan resolusi 4096p.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dengan speed internet yang tidak memberangsangkan, tak nengok la video kalau dengan video 4K ni… ~_~
haha..sy sokong beliamuda..dgn speed kt mesia ni alamat mmg kne tggu smpi subuh la..
adoiiiku nk tngok vid 360p pown sangkut
haha…nk nengok bende video tuw pon susah..setakat 360 pon tersekat….mgkin malaysia 2020 tahun akn datang kot kemungkinan internet laju..huhuh
gile kentang betul…TM apa lagi, cepat la upgrade standard speed ke 2MB download/upload.. baru sedap nak tgk video2 camni..hohoho
mantap betul, tapi byk kekurangan stakat ni untuk boleh tgk video macam ni, internet yang memang tak mampu nak stream video tu dengan cepat, pastu resolution screen ni pun stakat HD 1080p jer…
wah memang semakin mantap…
ini semua tak bermakna untuk rakyat malaysia dengan kelajuan internet yang superb…haha
makin smooth la video kat youtube =)