Cari @ Amanz

Jikalau P1 menyumbang kepada komuniti melalui Pusat Komuniti Jalur Lebar dan sebagainya, kini YTL turut mula menguji rangkaian 4G mereka dengan menyediakan rangkaian 4G secara meluas untuk kampus UTM Skudai.

YTL Comms mengambil langkah pertama dengan mula menguji rangkaian 4G mereka dengan menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G secara percuma kepada para pelajar UTM Skudai, dan dijangka akan diperkembangkan kepada beberapa universiti awam yang lain.

Melalui perjanjian bersama UTM, YTL Comms akan menyediakan sambungan internet membolehkan penggunaan data sehingga 300 MB seorang pengguna untuk setiap bulan. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh YTL untuk tempoh selama 3 tahun daripada pelancarannya.

Sekiranya had 300MB tidak mencukupi untuk anda, anda boleh menaik-taraf pakej anda pada bila-bila masa dengan sedikit bayaran. Pada masa yang sama, untuk mengakes rangkaian 4G, para pelajar memerlukan modem yang menyokongnya, ataupun laptop dengan kebolehan 4G. Setiap pelajar akan diberikan dengan ID login dan juga kata laluan untuk mengakses rangkain 4G yang disediakan oleh YTL Comms pada UTM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd